Amalan Pengilangan Islam

IMP adalah singkatan pada nama Islamic Marketing Practice atau Amalan Pengilangan Islam. IMP adalah satu standard yang digunapakai dalam pemprosesan pemakanan terutamannya, yang mengikut garis panduan syariah Islamiah. Berbanding dengan sertifikasi yang lain spt GMP, HACCP, ISO, FDA, KOSHER dan lain-lain, IMP adalah bersifat piawaian yang disusun atur mengikut amalan-amalan syariat Islam.

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

IMP di”design” sebegitu rupa bagi memenuhi tuntutan dan kehendak Islam kerana ia adalah perintah Tuhan. Makanan membentuk perangai atau akhlak manusia melalui darah daging yg terjadi dari proses pemakanan, justeru sekiranya makanan itu dihasilkan dari tangan-tangan yang mulia lagi beriman akan lahirlah akhlak-akhlak yang baik; demikianlah pula sebaliknya meskipun makanan itu nampak hebat dari segi “presentation”nya tetapi pemprosesan itu tidak mengikut garis panduan syarak maka rugilah yang menggunakannya, sekadar kenyang tapi tak mengubah akhlak. Jadi, IMP adalah suatu tanda persijilan yang baik bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat muslim khususnya kerana memakan makanan yang “HALAL LAGI THOYYIBA” itu adalah perintah Allah agar manusia itu mendapat kekuatan untuk taat dan patuh kepada Allah dan akhirnya mencapai “Mardhatillah/redho Allah”. Sebab itulah bagi orang-orang Islam harus memahami konsep-konsep dan prinsip pemakanan HALALAN THOYYIBA agar mampu menjaga agama Allah kerana kekuatan jasad dan bathin (Iman & Islam) mana-mana manusia tak akan mampu untuk berbuat taat kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. IMP bertujuan mendidik masyarakat Islam khususnya dalam memilih makanan kerana memakan makanan yang halal lagi baik itu adalah suatu perintah spt mafhum perintah Allah bermaksud “Wahai manusia makanlah dari apa-apa yang baik di atas muka bumi dari yang halalan thoyyiba. …” justeru inilah perintah yang harus dipatuhi kerana hendak menjaga agama (Islam) itu mesti dengan darah daging yang halal kerana darah daging yang “haram” yang tumbuh dari makanan yang “syubhah” & “haram” tidak akan mampu menjaga amanah Allah malahan akan merosakkannya pula sepertimana “langau/lalat hijau” yang merosakkan ikan-ikan.
Amalan Pengilangan Islam adalah satu standard yang begitu penting pada hari ini.

One thought on “Amalan Pengilangan Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *