Apa Keistimewaan IMP

Galeri Produki IMP
Galeri Produki IMP

Apakah IMP?

Logo IMP
Logo IMP

IMP iaitu Islamic Manufacturing Practice ialah satu standard amalam pengeluaranan produk-produk halalan thoyyiban berdasarkan syarak yang telahpun di daftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (IPCM.) Proses ini bermula dari modal, bahan, pekerja, proses dan kaedah pengeluaran yang halal bersih dan suci, kaedah pemasaran dan proses perniagaan yang mematuhi syarak serta diredai Allah.

Amalan ini telah diasaskan oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad, dan sekarang diletakkan dibawah pengurusan IMP Community.

Tatacara amalan ini telahpun dipromosikan dan diterima di peringkat antarabangsa oleh Rektor Universiti al-Azhar, Mesir, Majlis Ulama Indonesia (MUI), negara Brunei dan beberapa negara di Asia Barat.

Mengapa perlunya IMP?
• IMP sangat perlu pada zaman ini untuk memastikan sesuatu yang kita makan dan minum dan menjadi darah daging kita bersifat halal lagi baik (thoyyiban). Begitu juga IMP memastikan apa yang kita pakai pada kulit kita seperti kosmetik mestilah bahan-bahan yang halal lagi baik. Ini juga menbantu agar bersemaraknya produk pemakanan halalan thoyiban dan agar kita boleh mengeluarkan makan kita sendiri tanpa bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam. Dengan adanya proses pengeluaran yang hebat ini dengan mamasukkan unsur unsur kerohanian seperti bacaan al-Quran, mengaji dan kegiatan ilmu, dhuha, zikir, amalan sunnah dan sebagainya, produk yang dikeluarkan Insya Allah mendapat keberkatan rohani dan jasmani.

• Dengan menggunakan makanan halalan thoyiban, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan halaalan thoyyiban.

Apakah aktiviti yang terlibat dalam Contract Manufacturing ini?
IMP merupakan satu amalan pengeluaran produk Islam yang berdasarkan amalan yang diluluskan oleh syarak melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk, serta kebersihan dan kesucian produk yang dihasilkan pada kos yang amat berpatutan.

IMP Ventures menyediakan perundingan untuk Pengilangan secara Kontrak di mana ia merupakan antara kaedah yang paling mudah dan selamat bagi Usahawan-Usahawan baru yang ingin bermula mengorak langkah didalam industri makanan,minuman dan kosmetik. Dengan kos memulakan perniagaan yang rendah serta kualiti produk yang setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran, pengilangan secara kontrak merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Kami sedia untuk membantu anda mempunyai produk anda dengan jenama anda sendiri.

IMP Ventures menawarkan kepada usahawan-usahawan rekabentuk produk yang menarik, serta mengikut trend terkini yang pasti bakal meningkatkan bilangan penjualan produk anda. IMP Ventures menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan yang berkualiti dan pada kos yang amat berpatutan terutama usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan didalam industri makanan, minuman dan kosmetik halalan thoyyiban.

Pengeluaran Produk IMP ini melibatkan:
• Pelajar Universiti, NGO, Persatuan Peniaga, Koperasi, Pengusaha Makanan, Jabatan Kerajaan, Industri Kecil, Usahawan, Pemimpin Masyarakat dan sesiapa sahaja yang berminat dalam perniagaan.

Pengeluaran dan Pemasaran Produk IMP

Lebih 80% produk makanan kita dikeluarkan oleh bukan Islam. Menyedari hakikat ini, Sidratul Corporation Sdn. Bhd. sebuah kilang pengeluaran produk produk IMP telah mengambil langkah untuk mempersiapkan kelengkapan industri dan tenaga kerja seramai lebih kurang 100 orang melalui 14 buah Kilang di kawasan Perindustrian MIEL, Kuala Kangsar, Perak untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna yang ingin memproses produk makanan halalan thoyiban. Aktiviti pengeluaran produk ini telahpun dilaksanakan mulai 2006 dan telahpun membekalkan lebih 500 produk makanan halalan thoyiban di atas pelbagai jenama kepada 80 buah syarikat. Bersama IMP Solution iaitu anak syarikatnya, kami menawarkan Pusat  Khidmat Setempat (One Stop Center) kepada Usahawan-usahawan. Di antara perkhidmatannya ialah:

  • Perkhidmatan Pengilangan Kontrak, OEM dan Jenama Eksklusif.
  • Perkhidmatan Rundingan dan Rekaan Produk.
  • Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan produk.
  • Perkhidmatan Pelabelan, Pembungkusan & penjenamaan
  • Perkhidmatan konsultansi dalam pemakanan halalan thoyyiban dan pembangunan pengilangan.
  • Perkhidmatan latihan industri, kursus keusahawanan, pembangunan perniagaan, pemasaran, pengurusan kewangan & Unjuran aliran tunai.
  • Perkhidmatan pengiklanan, promosi & perniagaan dalam talian.
  • Aplikasi media sosial seperti Facebook, Youtube dan Instagram dan media tradisional dalam proses pemasaran.
  • Aktiviti memasarkan produk ke seluruh Negara dan untuk eksport.

Produk halalan thoyyiban berteraskan syarak (IMP) adalah amat penting dapat disebarluaskan dikalangan umat-umat Islam di seluruh dunia, malah kepada sesiapa sahaja  kerana manfaatnya kepada rohani, jiwa, akhlak dan tindak-tanduk manusia supaya menjadikan mereka lebih soleh, lebih mulia dan taqwa. Ini boleh mendekatkan kita semua kepada Allah dan  agar mendapat  husnul khotimah. Resolusinya ialah kembali kepada Allah.

 

3 thoughts on “Apa Keistimewaan IMP”

  1. Assalamualaikum, Maasyaa Allah, wawasan IMP begitu hebat dan dicari-cari sekian lama. Tahniah dan syabas. Jika diizinkan kami ingin menjalin kerjasama dalam perdagangan halal globa.
    Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your Contract Manufacturer