All posts by Admin

IMP Product Consultant Exclusive Branding and Manufacturing Ebook writer Blog: www.rahsiarezeki.wordpress.com

Apa Makanan yang Diperlukan Oleh Orang Islam

Pada hari ini pasaran produk halal yang dibuat oleh orang Islam sangat tinggi. 1/6 daripada penduduk dunia ialah beragama Islam. Mereka sudah semestinya menginginkan agar makanan mereka suci dan diberkati. Bukan hanya yang diperlukan ialah yang disahkan halal tetapi juga dibuat, diadun, dirumuskan oleh orang yang bersyahadah serta daripada tangan-tangan yang bersolat, beriman dan orang yang bertakwa.

Maka dengan itu standard pengeluaran yang bertaraf  IMP (Islamic Manufacturing Practice) adalah sangat menepati kehendak pasaran orang Islam pada hari ini bagi menjernihkan pemikiran, rohani, akhlak dan kesucian untuk beribadah kepada Allah. Ingatlah “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadis riwayat at-Termizi).  

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

Banyak makanan atau minuman yang terdapat di pasaran yang tidak jelas kesuciannya. Ada yang menggunakan logo palsu tanpa mengendahkan peraturan dan ketetapan sebagai syarat dalam permohonan produk halal.

Pengeluaran produk makanan atau minuman yang bercanggah dengan syarak juga dilakukan oleh beberapa syarikat yang bukan Islam kerana mereka tidak memahami peraturan halal yang menepati syarak.

Apa Kelebihan Contract Manufacturing dengan IMP

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK BARU MELALUI OEM DENGAN RAKAN KONGSI BARUhalibs gold

Proses OEM (Original Engineering Manufacturing) atau contract manufacturing melalui perkongsian pintar dengan IMP Solution yang beribu pejabat di Ampang dan kilang di Kuala Kangsar mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Kaedah ini boleh menjimatkan kos bagi individu yang ingin mengeluarkan produk. Mereka tidak perlu membeli mesin yang mahal mahal untuk mendapatkan GMP dan Halal yang menuntut proses yang panjang, tetapi sebaliknya hanya menumpu kepada proses pemasaran secara kreatif dan economics of scale. Ini lebih kos efektif dan dapat membantu pengusaha kecil untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Sistem usaha sama ini menggunakan mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai status IMP, GMP, Halal, suci dan bersih melalui proses pembuatan yang  mematuhi syariah.

Pihak IMP akan memastikan pengurusan kilang yang teratur dan produk mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM dan produk dikeluarkan berdasarkan pemantauan syariah yang ketat.

Bersama-samalah kita bekerja secara berjamaah, bantu-membantu sesama kita mengikut keupayaan masing-masing. BERDIRI TEGUH BERSATU KUKUH.

Machinery
Machinery

PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN IMP MELALUI PROJEK CONTRACT MANUFACTURING

IMP Contract Manufacturing
IMP Contract Manufacturing
Kilang Pengeluaran Produk IMP
Kilang Pengeluaran Produk IMP

Program membangunkan usahawan adalah satu usaha yang berterusan yang harus berstrategi  agar mendapat hasil yang cemerlang. Dalam sistem pemasaran yang sedia ada sekarang ini terutamanya melalui sistem hypermarket dan pasaraya besar, peniaga kecilan akan menghadapi satu halangan dari segi memasarkan produk mereka kepada orang ramai kerana produk mereka tidak dikenali dan ia memerlukan kos iklan yang besar. Jika keadaan ini berterusan tanpa ada satu usaha yang murni ke arah membimbing usahawan baru ini, lambat laun usahawan-usahawan ini tidak akan mendapat tempat untuk memasarkan produk-produk mereka.

Masalah kedua yang dilihat ialah masalah pemakanan orang Islam yang banyak mengandungi perkara perkara syubhah, gharar, malah ada yang mengandungi unsur-unsur yang haram. Akibat tidak ada informasi yang betul, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa beberapa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi unsur-unsur haram dan mengandungi bahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menyedari hakikat ini, IMP Solution sedang mengatur program membantu usahawan untuk mencipta jenama mereka sendiri untuk mempromosikan makanan halalan thoyiban yang berteraskan IMP. Pelbagai faedah kepada peserta kursus/seminar telahpun dikenalpasti. Produk-produk ini nanti akan diketengahkan kepada masyarakat melalui FB, Youtube, Instagram dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai.

 

TUJUAN PROGRAM

Tujuan diadakan program ini ialah untuk:

  • Mendedahkan maklumat makanan halaalan thoyiban, termasuk perkara perkara haram dan syubhah dalam makanan kepada masyarakat.
  • Ini supaya masyarakat kita menyedari batas halal haram dalam makanan dan agar mereka lebih prihatin dalam menjaga makanan kerana daging yang terbit dari makanan yang haram, selayaknya tempatnya di api neraka.
  • Selain itu ia adalah untuk menyemarakkan industri pengeluaran produk produk makanan yang dikeluarkan oleh orang Islam.
  • Dengan cara ini juga membuka peluang dan outlet  pemasaran bagi produk-produk  makanan Islam.
  • Agar bersemaraknya produk pemakanan Islam dan agar kita tidak bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.
  • Ini boleh mengubah fenomena dalam masyarakat kita supaya makanan orang Islam dikeluarkan hanya oleh orang Islam.
  • Apabila ini berlaku, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan yang halaalan thoyiban agar makanan halal bertaraf IMP dapat disebarluaskan di seluruh dunia.

    Suasana kilang pengeluaran IMP
    Suasana kilang pengeluaran IMP

Bersama-samalah para usahawan sekalian untuk mencipta pembaharuan dalam merevolusikan produk mereka.

 

Mengapa perlu sangat HYPERMARKET ISLAM?

Hypermarket Islam sepatutnya diadakan bagi mengetengahkan produk-produk Islam di kalangan masyarakat. Antara tujuannya:

IMG-20141011-WA0001

1. Meningkatkan daya saing umat Islam.

2. Menaikkan ekonomi umat Islam

3. Menyelamatkan maruah org Melayu/Islam dan mengelak ditipu akibat pencemaran dan najis.
4. Menyediakan satu pasar yg luas lagi hebat bagi makanan yang sah halal dari tangan-tangan yg bersyahadah.
5. Limpahan tenaga rohani pembuatnya yang melimpahkan keberkatan dan rahmat, terutama yang dimuliakan dengan bacaan ayat suci alQuran dan amalan serta doa yang tak putus putus.
6. Membuka peluang kpd peniaga Melayu/Islam untuk menyebarluaskn produk mereka dgn mudah dan tidak di aniayai spt apa yg berlaku skg. Aamin.. wassalam

Produk Halalan Thoyyiban
Produk Halalan Thoyyiban

Keusahawanan Bukan Datang Sendiri, Tetapi Dicari

Usahawan hidup di dalam dunia yang penuh dengan inspirasi.  Dunia penciptaan bukan hanya terbuka kepada pengkarya seni, malah meliputi juga kepada pencipta jenama untuk kegunaan sebagai makanan dan keperluan pengguna. Tugas ini adalah tugas besar iaitu mewujudkan sesuatu makanan, minuman dan kosmetik halal yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.

Peranan anda sebagai pembaca adalah juga diharap dapat membuka minda dan fikiran anda, bukan hanya sebagai penonton yang melihat segala perkembangan di sekeliling anda, malah juga sebagai pemain (player) di dalam industri ini. Bukalah minda anda seluas-luasnya. Siapa sahaja boleh menjadi pengeluar produk seperti makanan dan sebagainya yang terdapat permintaan yang sangat luas di luar sana. Hanya diminta anda membuka peluang tersebut yang telah dipermudahkan untuk diri anda supaya satu hari nanti, anda juga boleh menjadi pengeluar produk yang dihormati. KAMI SENTIASA MEMBANTU ANDA…

“BUKALAH PINTU TERSEBUT UNTUK DIRI ANDA, HANYA ANDA YANG BERUPAYA MEMBUKANYA”