Category Archives: Jenama Sendiri

Apa Kegunaan Madu yg Hebat

Apa Kegunaan Madu hebat.

Apa Kegunaan Madu yang Hebat

Kalau kita tanya apa kegunaan madu yang hebat, kita akan dapat banyak informasi. Kegunaan madu ialah daripada menghazamkan makanan, menurunkan demam, anti-toksid, membuka selera, memperbaiki ulcer, asma, penat dan juga resdung, menguatkan sistem ketahanan badan dari pelbagai penyakit.
. Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya.
· Madu boleh mengeluarkan racun
· Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.

Antara Khasiat Madu:
Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
Memulihkan penyakit berpanjangan.
Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
Menyembuhkan penyakit dalam perut.
Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
Memulihkan batuk dan lelah.
Menghindarkan badan letih dan lesu.
Kurangkan kesakitan bila datang haid.
Baik untuk perempuan bersalin.
Membantu/menerangkan pemandangan.
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari anemia.
Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
Memulihkan sel-sel urat besar.
Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Merangsang tenaga batin.
NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

KELEBIHAN UNTUK:
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh cirit-birit dengan segera.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. PELAJAR
a) Kecerdasan minda pelajar.
b) Menguatkan ingatan dan mudah menghafal
c) Mengurangkan kelesuan dan tekanan akibat belajar
d) Sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Amalan berterusan akan dapat mencegah penyakit. Insyallah….
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
CARA MENGGUNAKAN MADU
Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.
Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
Untuk penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
Dalam Al-Quran, madu lebah juga ada dinyatakan :
“Dan Tuhanmu mewahyukan lebah : buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di rumah-rumah yang didirikan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu. dari perut-perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhanbagi orang-orang yang memikirkannya”.
(An-Nahl:68-69)
Sabda Rasullullah s.a.w :
“Barangsiapa yang menelan minuman (minum sedikit) madu tiga kali setiap bulan, maka ia tidak akan terkena penyakit yang teruk.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadis lain juga disebutkan:
“Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran.”
Asid Dalam Madu
Asid dalam madu adalah untuk ketahan madu daripada dirosakkan bakteria. Asid yang wujud seperti asid glukonik, asid formik, asitikm benzoik, burik, sitrik, isovalerik, laktik, malic, oxalic, propionik, phenylacetic, succinic, valeric dan asid amino.
Vitamin
Vitamin dalam madu lebah juga wujud seperti B1, B2 kompleks, B6, dan vitamin C.
Kandungan madu lebah
Air 16 – 25 %
Gula Levulose dan dextrose 75 – 83%
Sukros 5%
Dextrin, Maltose dan gam 1 – 2 %
Galian (mineral) 0.25%
Lain-lain 28.75%
KEISTIMEWAAN MADU
Madu adalah madu yang terpilih dari segi keasliannya. Rasanya juga enak kerana ia berasal dari sari bunga liar yang mengandungi berbagai khasiat. Gunakan dengan yakin. InsyaAllah ia akan menjadi minuman paling lazat. Makanan paling berkhasiat serta ubat yang paling mujarab. Ia sangat sesuai dijadikan amalan oleh semua tanpa batasan agama, bangsa dan peringkat umur. Ginger Honey dan Cinnamon Honey merupakan produk halal keluaran Islam.

Pesanan: 2 pek RM60. Akaun Maybank 158284004265 (Zahidan Abd Aziz) Pos percuma. SMS Alamat pos ke hp: 019-5649016

Penjenamaan atau rebranding

Penjenamaan

Proses penjenamaan semula atau rebranding melibatkan beberapa proses. Penjenamaan semula meliputi sekurang-kurangnya jenama yang digunakan, design atau corak, imej yang dipaparkan sama ada melalui produk atau jenama tersebut, warna yang digunakan, nama produk, komposisi dan kegunaan produk. Imej produk juga meliputi pengaruh yang dibawa oleh produk tersebut kepada pengguna.

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Penjenamaan atau rebranding digunakan dalam pengilangan (IMP) Islamic Manufacturing Practice.

Apa yang penting bagi mereka yang mahu membuat penjenamaan atau rebranding  ialah kemahuan dan skill pemasaran yang biasa. Mereka akan dibekalkan label baru dengan penjenamaan baru yang berdasarkan imej baru yang dicadangkan. Berbincanglah dengan kami sekiranya anda mempunyai idea untuk membuat produk baru anda.

Antara konsultansi kami ialah:

  1. Idea produk yang ingin dikeluarkan dengan imej rebranding yang penjenamaan baru
  2. Khidmat nasihat produk yang laris di pasaran
  3. Kaedah pengeluaran produk
  4. Komposisi bahan dan kandungan
  5. Packaging – jenis-jenis dan varieties
  6. Website (jika perlu)
  7. Design
  8. Persijilan
  9. Kelulusan Halal
  10. Pengilangan
  11. Bentuk packaging: sacet, kotak, plastik, pouch dan sebagainya
  12. Nasihat perlabelan dan kualiti pemakanan
  13. Kebersihan, ketahanan dan tarikh tamat
  14. Lab test.
  15. Notification No. bagi kosmetik dll.

Untuk mendapat khidmat nasihat tentang penjenamaan produk atau rebranding dan semua ini, sila hubungi konsultan produk kami En. Zaha 019-5649016

Apakah EBM?

EBM ialah Exclusive Branding and Manufacturing iaitu penghasilan produk dan jenama sendiri yang eksklusif khas untuk pemilik produk itu sahaja. Kilang akan mengeluarkan sesuatu produk yang dihasilnya  di bawah jenama yang baru. Walaupun begitu, dari segi etikanya, kilang pengeluar tersebut tidak boleh mengeluarkan produk yang 100% dengan yang sedia ada atau sama tetapi mestilah mempunyai sedikit perbezaan dari segi kandungan, kualiti atau spesifikasi.

IMP mengamalkan EBM iaitu salah satu perkhidmatan yang diberi kepada pelanggannya yang memerlukan produk yang sedemikian rupa. Ia merupakan satu amalan pengeluaran produk Islam yang berdasarkan amalan yang diluluskan oleh syarak melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk, serta kebersihan dan kesucian produk yang dihasilkan pada kos yang amat berpatutan.

Antara aktiviti IMP Solution ialah menyediakan perundingan untuk Pengilangan secara Kontrak. Ia merupakan antara kaedah yang paling mudah dan selamat bagi Usahawan-Usahawan baru yang ingin bermula mengorak langkah didalam industri makanan,minuman dan kosmetik. Dengan kos memulakan perniagaan yang rendah serta kualiti produk yang setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran, pengilangan secara kontrak merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Kami sedia untuk membantu anda mempunyai produk anda dengan jenama anda sendiri.

Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP
Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP

IMP Solution menawarkan kepada usahawan-usahawan rekabentuk produk yang menarik, berdasarkan EBM serta mengikut trend terkini yang pasti bakal meningkatkan bilangan penjualan produk anda.

Dalam proses mengeluarkan produk EBM ini, IMP Solution menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan yang berkualiti dan pada kos yang amat berpatutan terutama usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan didalam industri makanan, minuman dan kosmetik halalan thoyyiban.

Pengeluar Produk Kosmetik

Pihak kami sedia menerima tempahan produk kosmetik kerana kilang  ini mempunyai spesialisasi dalam pengeluaran produk kosmetik sehingga mendapatkan Notofication (NOT) no,  Good Manufacturing Practice (GMP) dan Islamic Manufacturing Practice (IMP.)

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

IMG-20141011-WA0001

Kami sangat mengalu-alukan perniagaan dalam produk kosmetik kerana sebelum ini terdapat pengeluar-pengeluar yang tidak mengambil endah akan status kehalalan sesuatu produk walaupun ia berbentuk krim yang disapukan ke muka atau badan. Pernah terdapat isu sebelum ini iaitu lipstik yang mengandungi uri babi dan produk yang dibuat dari bahan yang tidak halal.  Ini menjejaskan solat kita sebagai umat Islam. Selain sebagai fardhu, anda juga telah membantu pengguna mendapatkan produk yang diyakini kesuciannya.

Beralihlah kepada produk yang berstatus IMP kerana ini sangat penting bagi melahirkan generasi yang yakin akan ibadatnya. Produk kosmetik yang halal dan suci sangat perlu dalam masyarakat sekarang.

Akhirnya, jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat contract manufacturing, sila hubungi kami dengan menyertakan no tel anda. Kami akan menghubungi anda.

Zahidan 019-5649016

Pengeluaran Produk Mudah Bagi Anda.

Berita baik bagi yang bercadang untuk mengadakan pengeluaran produk sendiri, jenama sendiri –  tetapi tidak mempunyai kemudahan pengilangan yang lengkap. Pihak IMP mengadakan kemudahan bagi pengusaha yang ingin mengeluarkan produk sendiri tanpa kos yang mahal. Lebih penting lagi, mereka tidak perlu belajar bertahun-tahun untuk menguasai teknik pengeluaran produk.

Pengeluaran produk: Spagemee
Pengeluaran produk: Spagemee
Susu Halib's Gold dll
Susu Halib’s Gold dll

Apa yang penting bagi mereka ialah kemahuan dan skill pemasaran yang biasa. Mereka akan dibekalkan dengan produk dengan kuantiti 1000 unit/kotak setiap kali ingin membuat produk. Antara bantuan teknikal yang diberi ialah:

1. Idea produk yang ingin dikeluarkan

2. Khidmat nasihat produk yang laris di pasaran

3. Kaedah pengeluaran produk

4. Komposisi bahan dan kandungan

5. Packaging – jenis-jenis dan varieties

6. Website (jika perlu)

7. Design

8. Persijilan

9. Kelulusan Halal

10. Pengilangan

11. Bentuk packaging: sacet, kotak, plastik, pouch dan sebagainya

12. Nasihat perlabelan

13. Kebersihan, ketahanan dan tarikh tamat

14. Lab test.

15. Notification No. bagi kosmetik dll.

Untuk mendapat semua ini, sila hubungi konsultan produk kami En. Zaha 019-5649016

Apa Kelebihan Contract Manufacturing dengan IMP

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK BARU MELALUI OEM DENGAN RAKAN KONGSI BARUhalibs gold

Proses OEM (Original Engineering Manufacturing) atau contract manufacturing melalui perkongsian pintar dengan IMP Solution yang beribu pejabat di Ampang dan kilang di Kuala Kangsar mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Kaedah ini boleh menjimatkan kos bagi individu yang ingin mengeluarkan produk. Mereka tidak perlu membeli mesin yang mahal mahal untuk mendapatkan GMP dan Halal yang menuntut proses yang panjang, tetapi sebaliknya hanya menumpu kepada proses pemasaran secara kreatif dan economics of scale. Ini lebih kos efektif dan dapat membantu pengusaha kecil untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Sistem usaha sama ini menggunakan mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai status IMP, GMP, Halal, suci dan bersih melalui proses pembuatan yang  mematuhi syariah.

Pihak IMP akan memastikan pengurusan kilang yang teratur dan produk mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM dan produk dikeluarkan berdasarkan pemantauan syariah yang ketat.

Bersama-samalah kita bekerja secara berjamaah, bantu-membantu sesama kita mengikut keupayaan masing-masing. BERDIRI TEGUH BERSATU KUKUH.

Machinery
Machinery

PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN IMP MELALUI PROJEK CONTRACT MANUFACTURING

IMP Contract Manufacturing
IMP Contract Manufacturing
Kilang Pengeluaran Produk IMP
Kilang Pengeluaran Produk IMP

Program membangunkan usahawan adalah satu usaha yang berterusan yang harus berstrategi  agar mendapat hasil yang cemerlang. Dalam sistem pemasaran yang sedia ada sekarang ini terutamanya melalui sistem hypermarket dan pasaraya besar, peniaga kecilan akan menghadapi satu halangan dari segi memasarkan produk mereka kepada orang ramai kerana produk mereka tidak dikenali dan ia memerlukan kos iklan yang besar. Jika keadaan ini berterusan tanpa ada satu usaha yang murni ke arah membimbing usahawan baru ini, lambat laun usahawan-usahawan ini tidak akan mendapat tempat untuk memasarkan produk-produk mereka.

Masalah kedua yang dilihat ialah masalah pemakanan orang Islam yang banyak mengandungi perkara perkara syubhah, gharar, malah ada yang mengandungi unsur-unsur yang haram. Akibat tidak ada informasi yang betul, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa beberapa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi unsur-unsur haram dan mengandungi bahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menyedari hakikat ini, IMP Solution sedang mengatur program membantu usahawan untuk mencipta jenama mereka sendiri untuk mempromosikan makanan halalan thoyiban yang berteraskan IMP. Pelbagai faedah kepada peserta kursus/seminar telahpun dikenalpasti. Produk-produk ini nanti akan diketengahkan kepada masyarakat melalui FB, Youtube, Instagram dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai.

 

TUJUAN PROGRAM

Tujuan diadakan program ini ialah untuk:

  • Mendedahkan maklumat makanan halaalan thoyiban, termasuk perkara perkara haram dan syubhah dalam makanan kepada masyarakat.
  • Ini supaya masyarakat kita menyedari batas halal haram dalam makanan dan agar mereka lebih prihatin dalam menjaga makanan kerana daging yang terbit dari makanan yang haram, selayaknya tempatnya di api neraka.
  • Selain itu ia adalah untuk menyemarakkan industri pengeluaran produk produk makanan yang dikeluarkan oleh orang Islam.
  • Dengan cara ini juga membuka peluang dan outlet  pemasaran bagi produk-produk  makanan Islam.
  • Agar bersemaraknya produk pemakanan Islam dan agar kita tidak bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.
  • Ini boleh mengubah fenomena dalam masyarakat kita supaya makanan orang Islam dikeluarkan hanya oleh orang Islam.
  • Apabila ini berlaku, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan yang halaalan thoyiban agar makanan halal bertaraf IMP dapat disebarluaskan di seluruh dunia.

    Suasana kilang pengeluaran IMP
    Suasana kilang pengeluaran IMP

Bersama-samalah para usahawan sekalian untuk mencipta pembaharuan dalam merevolusikan produk mereka. Di IMP Solution terdapat beberapa konsultan yang boleh membantu anda. Sila hubungi kami. 019-5649016

FB Page: IMP Solution