Category Archives: makanan

Khasiat Buah Tin

Banyak Khasiat buah  tin yang  terdapat hasil daripada makanan yang berasal  dari Asia Barat ini. Ia memang sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja kerana keistimewaannya.

Buah tin adalah satu buah yang sangat istimewa kerana Allah bersumpah di dalam al-Quran. “Demi buah Tin dan Zaitun.” (Surah At-Tin, 95:1)

Khasiat buah tin terdapat didalam setiap hidangan.
Khasiat buah tin terdapat didalam setiap hidangan.

 

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

 tin

Buah tin (Ficus carica L) adalah jenis tumbuhan yang berasal dari Asia Barat. Buah tin banyak mengandungi gula dalam jumlah yang banyak, dan juga mengandung garam utama. Yang terpenting diantaranya adalah kalsium, fosforus dan Vitamin C. Inilah yang menyebabkan kandungan zat buah tin sangat tinggi.

 

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati, buah pinggang dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.

 

Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir. Ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat mengelak dari bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Kandungan nutrisi dalam buah tin kering

Protin 4.3gm;

Lemak 1.3gm;

Mineral 2.4gm;

Serat 5.6gm;

Karbohidrat 63.4gm

Tenaga 274 kcal;

Kalsium 126mg;

Forforus 77mg;

Zat besi 3mg;

Vitamin C 1mg.

 

 

 

Ia kaya dengan protein, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah dan mengandungi antioksidan yang dapat menghalangi karsinogen yang menjadi penyebab kanser. Buah Tin juga mengandungi Omega-3 serta Omega-6, iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Buah Tin juga kadar lemaknya rendah, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol, yang pasti sangat sesuai untuk dimakan oleh para penderita diabetes atau kencing manis.

Dalam buah Tin terkandung zat yang dapat mengurangi kolestrol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan saluran pernafasan bagi para penderita asma / sesak nafas.

Buah tin selain mengandung serat yang sangat tinggi, iaitu setiap 100 gm buah tin kering mengandungi 12,2 gm serat,  dan juga terdapat zat Benzaldehyde, sebuah zat yang dapat menghalang pertumbuhan tumor.

 

Antara Khasiat Lain Buah Tin Ialah:

  • Buah Tin mampu membunuh bakteria yang merugikan di dalam tubuh.
  • Ia membantu merangsang pembentukan hemoglobin darah iaitu sebagai ubat penyakit anemia.
  • Mampu menurunkan berat badan anda atau mengurangkan nafsu makan.
  • Menguatkan jantung.
  • Melancarkan pembuangan air besar.
  • Khasiat buah tin untuk haid tidak lancar
  • Menguatkan tulang, kerana ia kaya dengan kalsium.
  • Khasiat buah tin untuk mengubati lambung atau usus
    • Sediakan 6-7 buah tin yang sudah kering
    • Potong menjadi beberapa bahagian
    • Rendam buah tin tersebut dalam minyak zaitun semalaman
    • Makan potongan buah tin tersebut pada pagi harinya

Khasiat buah tin untuk luka dan bisul

  • Siapkan beberapa buah tin yang sudah kering
  • Pecahkan buah tin tersebut dan ambil isinya
  • Rebus isi buah tin tersebut disusu biasa sampai beberapa minit
  • Biarkan sampai dingin
  • Balurkan buah tin tersebut ke bahagian tubuh yang mengalami luka atau bisul, kemudian dibalut atau diikat
  • Perbaharui balutan tersebut 3 atau 4 kali dalam sehari

Pengeluaran Produk Halalan Thoyiba IMP (Amalan Pengilan Islam)

Pengeluaran produk halalan thoyiba adalah sangat perlu dilakukan oleh umat Islam. Di Malaysia sahaja jumlah orang Islam ialah 17 Juta. Jumlah penduduk Islam sedunia juga semakin bertambah yang memerlukan kita menjadi pengeluar produk makanan orang Islam. Ini adalah tanggungjawab yang boleh disifatkan sebagai fardhu kifayah bagi menentukan kemaslahatan orang Islam agar mendapat makanan yang bersih, suci, halal lagi baik.

Selain produk halalan thoyiba ini sangat diperlukan oleh seluruh umat Islam di dunia, ia juga sangat bemanfaat dari segi sains dan kandungan nutriennya.

Ikuti video yang tersebut di atas mengenai asas Amalan Pengilangan Islam dalam makanan halalan thoyiba.

Jihad Ekonomi Umat Islam

Kali ini sy nak berfalsafah sedikit.. Mengapa orang Cina begitu kaya di tanah air kita.. ?

Kerana mereka mengamalkan sunah Nabi s.a.w. bahawa 9/10 daripada rezeki itu dari perniagaan.

Sekurang kurangnya, walaupun mereka tak pernah jumpa hadis tersebut, mereka mengamalkannya.

Di Malaysia ini, kaum Cina duduk di rangking no 1 dari segi kekayaan.. di ikuti oleh  kaum India. Orang Melayu tak tau rangking no berapa dari bawah..

Keusahawanan dan Kreativiti
Keusahawanan dan Kreativiti

Sebagai orang Islam adakah kita berpeluk tubuh saja tanpa berusaha untuk menaikkan ekonomi bangsa kita atau agama kita.  Kalau ekonomi itu juga boleh diklasifikasikan sebagai jihad.. maka adakah anda sebagai orang Islam masih berbicara dalam perkara yang sia-sia.. dalam perbalahan mengenai perkara yang furuk yang tidak ada penghujungnya? Sedangkan di depan mata anda terbentang luas agenda yang lebih besar untuk memajukan bangsa dan agama anda sendiri?

Cuba lihat makanan yang ada di hypermarket..pasaraya dan kedai runcit.. berapa peratuskah produk yang dihasilkan oleh orang yg bersyahadah? Pada tanggapan saya tak sampai 5%.

Tidakkah ini merupakan isu besar yang setiap diri-diri yang membaca ini kena selesaikan? Sebabnya.. makanan ialah jiwa kepada setiap sel yang tumbuh dalam diri anda.. Tolak ketepi makanan yang haram.. cuba fikirkan tentang makanan yang syubhah..kotor.. atau yg mengandungi najis yang mana mereka yang membuatnya tidak pernah kenal erti najis itu apa…

Saya tidak menyuruh anda pancung makanan yang ada di kedai itu.. tetapi jadilah pengeluar makanan Islam yang pembuatnya orang Islam yang tahu erti kesucian itu sebahagian dari agama.

Platform yang ada di sini memudahkan anda dari tak tahu kepada tahu.. dari takut kepada sanggup.. selagi jiwa anda berkata “YA.”

Istighfarlah kita sekalian kerana kita ada tanggung jawab untuk diselesaikan selagi kita bernyawa.

Program Penjenamaan dan Pengeluaran Produk Berasaskan Herba

PRODUK EXCLUSIVE BRANDING AND MANUFACTURING (EBM) BERASASKAN HERBA.

Projek EBM ialah pengeluaran produk kilang dengan jenama dan produk yang eksklusif yang dicadangkan kepada usahawan Koperasi Wawasan Gemilang berdasarkan asas perniagaan mereka yang sedia ada. Di Kilang Pengeluar Produk IMP, terdapat lebih kurang 600 produk yang boleh dibuat penjenamaan baru dalam kategori makanan, kosmetik dan minuman.Saffron dan kelebihannya

Berikut ini dicadangkan jenis-jenis herba yang sangat bermanfaat:

PRODUK HERBA DAN KELEBIHAN
1.
Kayu Manis
Diabetis, arthritis, kesihatan jantung.
2.
Manjakani
Keintiman wanita, Mengecutkan rahim, anti keputihan
3.
Mahkota Dewa
Kecantikan
4.
Stevia
Manis tanpa kolesterol
5.
Habbatus sauda
Ubat segala penyakit
6.
Goji
Keremajaan
7.
Halia Bara
Mengatasi demam malaria, gout dan resdung.
8.
Bunga Kantan
Barah, antioksida, tenaga batin.
9.
Pegaga
Kecerdasan akal, mengatasi masalah haid.
10.
Aloe vera
Kulit yang cantik, pencernaan.
11.
Delima (promeganat)
Penyeri dan untuk keremajaan, kanser payudara.
12.
At-tin
Buasir dan keracunan
13.
Saffron
Kecergasan dan penghadaman
14.
Bunga lawang
Batuk dan selsema, perut kembung.
15.
Maca
Untuk kelelakian
16.
Ginseng
Otak dan kelelakian
17.
Kemuning Hitam
Stroke, kelesuan, mengeluarkan toksik
18.
Cengkih
Mengatasi mual, muntah, selsema, batuk dan sakit jantung.
19.
Rosel
Anthocynine, keremajaan, antibodi
20.
Serai
Anti kanser, pencernaan, anti ketegangan otot
21.
Mengkudu
Anti kanser, anti tumor, stroke.
22.
Pecah Beling
Darah tinggi dan kencing manis
23.
Gandarusa
Kanser, kencing manis, batu karang.
24.
Misai Kucing
Gout, arthritis, batu karang.
25.
Peria
Untuk mata dan hati
26.
BUAH-BUAHAN

1. Avocado

2. Strawberi

3. Manggis

4. Tembikai

5. Betik

6. Goji

7. Kismis

8. Anggur

9. Buah Tin

10. Pisang

11. Zaitun

12. Kurma

13. Aprikot

14. Pink Guava

15. Durian Belanda

Meningkatnya Pasaran Halal Sedunia

Potensi pasaran produk-produk pengilangan keluaran orang Islam tidak dikembangkan dengan meluas malah dibiarkan sahaja orang Melayu Islam menjadi masyarakat pengguna.IMG-20150317-WA0076

16 Juta rakyat Malaysia terdiri dari orang Islam. Pasaran yang luas ini agak tenggelam kerana dipenuhi oleh produk-produk keluaran bukan Islam yang dilambakkan di pasaran. Potensi produk-produk keluaran Islam ini tidak atau kurang diketengahkan di kalangan masyarakat atau tidak dikomersialkan kerana masyarakat telah begitu leka dengan produk-produk keluaran bukan Islam yang begitu banyak. Selain itu, masyarakat Melayu Islam menganggap bahawa tugas mengeluarkan produk bukanlah tugas mereka dan kebanyakan mereka bekerja makan gaji, jadi perkara ini tidak pernah difikirkan dengan serius kerana kebanyakan mereka masing-masing memikirkan untuk mendapat gaji bulanan sahaja.

Oleh yang demikian, orang bukan Islam mengambil kesempatan memasarkan apa sahaja produk mereka dari makanan, pakaian, kelengkapan rumah, alat-alat digital dan sebagainya kerana orang Islam telah amat biasa menjadi pengguna. Syarikat besar mengambil kesempatan seperti Tesco, Giant, Jusco, Econ Save, Speedmart 99, The Store, Econ Save, Aeon Big, dan sebagainya.

 Statistik nilai pasaran produk halal
 Pasaran Halal
Lambakan Produk Bukan Islam di Negara SendiriHypermarket Malaysia

Sebahagian besar anggota masyarakat Islam masih lagi bergantung kepada bangsa lain sama ada dari segi pekerjaan, perumahan, makanan dan keperluan hidup. Dengan taraf kehidupan yang ada sekarang ini, adalah agak sukar bagi umat Islam untuk mencapai status penduduk yang “kaya bandar” yang memiliki sebahagian kek ekonomi Negara.

Logo IMP
Logo IMP

Di IMP, segala kemudahan untuk membuat produk jenama sendiri terbentang luas. Terpulanglah kepada anda untuk mengambil inisiatif untuk menghubungi kami. Konsultan kami sedia membantu anda. 019-5649016

Amalan Pemakanan Halal lagi Baik (Halalan thoyiba)

KESEDARAN PEMAKANAN ISLAM
Pada hari ini iaitu setelah 53 tahun merdeka, kita masih jauh dari berpuas hati terhadap pemakanan Islam kerana sekiranya kita pergi ke pasaraya, supermarket atau hypermarket, kita akan dapati bahawa lebih 90 peratus makanan yang terdapat di sana (sama ada ditinkan atau dipaketkan) adalah dikeluarkan oleh bukan Islam.outlet IMPBerapa peratuskah makanan yang terdapat di pasaran kini dikeluarkan oleh orang Islam?

Perkara ini mempunyai impak yang sangat besar terhadap perilaku, rohani, akhlak dan jiwa orang Islam. Makanan yang disediakan oleh mereka yang bukan Islam yang tidak memahami status halal-haram, hokum kebersihandan status air (air mutlah, mustakmal, mutanajis dsb) jauh sekali daripada mendapat redo dari Allah.
Berikut ini terdapat dua hadis mengenai pentingnya makanan yang halal lagi baik (thoyiban).
Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab, “Hai Saad, makanlah yang baik, (halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu.” (HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathin dalam tafsirnya).
Dalam sabda Rasulullah SAW riwayat Tirmidzi, artinya “Setiap daging yang tumbuh dari barang yang haram, maka nerakalah yang patut baginya.”(HR. Tirmidzi).
1.0 PENGENALAN:
Umat Islam Perlu Mengubah Minda ke Arah Menyediakan/Menggunakan Makanan Islam
Jika kita melihat di dalam suasana sesebuah kedai, kita akan mendapati agak sukar kita untuk mendapatkan makanan mentah atau yang telah dipek yang disediakan oleh orang Islam. Kebanyakan makanan tersebut disediakan atau diproses oleh sama ada individu atau kilang yang bukan dimiliki oleh orang Islam. Ini adalah satu fenomena yang biasa di negara kita. Jika keadaan ini berterusan, kita akan terus menggunakan makanan yang tidak dapat disahkan kehalalan dan kesuciannya, apa lagi barakah makanan tersebut.
Memandangkan pentingnya perkara ini diperbetulkan, beberapa penerangan haruslah diberi untuk memberikan kesedaran di kalangan masyarakat Islam kita tentang pentingnya memakan makanan yang disediakan oleh orang Islam. Ceramah tersebut akan mendedahkan keadaan sebenar makanan yang disediakan oleh orang yang tidak memahami akan syarat-syarat penyediaan makanan dan aspek-aspek kebersihan makanan yang melahirkan insan yang mempunyai rohani keislaman yang membolehkan amalannya di terima oleh Allah.
Sila hubungi En Nordin bin Zainuddin 012-2327363 untuk mendapakan maklumat pemakanan halalan thoyiba secara lebih terperinci.

Dr Yang Bangkit Dari Koma

Assalamualaikum.

Izinkan saya menyampaikn satu perkongsian dari seorang sahabat. Ini ceritanya…

Sejak kebelakangan ini diperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser di kalangan umat Islam di Malaysia ini. Kami pernah didatangi oleh bekas pelajar MRSM,seorang doktor pakar pemakanan dan selalu keluar di astro oasis dlm rancangan agen Halal..sape kenal dgn doktor Mohd Redza Benjamin… Beliau pengidap kanser tahap 3..tapi dberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di dunia ini. Beliau banyak beri perkongsian tentang pengalaman beliau sebagai pengidap kanser. Saya akan cerita sedikit demi sedikit …

Agen halal dalam Astro Oasis
Agen halal dalam Astro Oasis

Dr Reza ni pernah bepesan ketika sakitnya itu pd ibunya, jgn benarkn doktor cabut talian hayatnya (bantuan oksigen) selagI beliau belum benar2 disahkn mati. Pada ketika dia koma, dr Reza mohon pada Allah atas segala kebaikan yg dia pernah lakukan sblm ini supaya diberi peluang kedua untuk hidup dan dapat dia perbetulkan kesilapan yg telah beliau lakukan.

Kesilapan beliau adalah beliau selalu memberi ceramah kesihatan kpd org ramai supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah Nabi tapi malangnya beliau sendiri mengambil ubat-ubatan kimia utk dirinya..jadi beliau telah berlaku hipokrit pada org ramai dan sejak beliau sedar dari koma, beliau ubah cara pemakanan beliau dan mengesyurkan kita umat Islam ikut sunnah Nabi

Sedikit perkongsian lagi:
1. – makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sebelum ambil makanan lain
2. – makan makanan yg Halal & Thoiyyib (suci)
3. – Jgn makan berlebih-lebihan (surah Al-A’raf ayat 31.) Berhenti sebelum kenyang..
4. – Perhatikan makanan kamu… Surah Abasa ayat 24
Wassalam…

Makanan Halal Membentuk Fizikal, Jiwa, Rohani, Minda

Makanan memberi kesan kepada peribadi kepada orang yang memakannya. Seperti yang dikatakan: “You are what you eat.” Setiap bahan yang Allah turunkan di muka bumi ini tidaklah sia-sia tetapi mempunyai peranannya masing masing sama ada dari segi kesihatan, perjalanan darah, pertumbuhan badan, kekuatan untuk tenaga, pemikiran, minda dan sebagainya – bukan sekadar mengenyangkan.

Kajian dalam bidang sains makanan termasuk bidang seperti mikrobiology, kejuruteraan kimia dan biokimia.

IMP Contract Manufacturing
IMP Contract Manufacturing

Antara cabang disiplin sains makanan termasuk:
Kimia Makanan, mengkaji kandungan molekul makanan dan penglibatan molekul dalam reaksi kimia.
Kimia Fizikal Makanan, kajian prinsip interaksi fizikal dan kimia mengenai sistem makanan, juga teknik fisio kimia yang menjadi alat untuk menghubungkan kajian dan analisis makanan.
Kejuruteraan makanan, proses industri yang terlibat dalam pengeluaran makanan.
Mikrobiologi Makanan, interaksi positif dan negatif antara mikro organisma dan makanan.
Pembungkusan Makanan, kajian tentang bagaimana pembungkusan digunakan untuk memelihara makanan selepas diproses dan penyimpanan sebelum di pasarkan.
Pemeliharaan Makanan, sebab dan cara mencegah kualiti barangan daripada tercemar.
Keselamatan Makanan, sebab, pencegahan dan komunikasi yang berkaitan dengan urusan jangkitan pada makanan
Teknologi makanan, aspek teknologi
Cara masakan/penyediaan makanan, proses penyiasatan saintifik dalam masakan dan fenomena seni penyediaan makanan.
Pembangunan Produk baru, penciptaan produk makanan baru.
Analisa deria (Sensory analysis), kajian mengenai deria pengguna dalam menanggapi makanan

Apa Makanan yang Diperlukan Oleh Orang Islam

Pada hari ini pasaran produk halal yang dibuat oleh orang Islam sangat tinggi. 1/6 daripada penduduk dunia ialah beragama Islam. Mereka sudah semestinya menginginkan agar makanan mereka suci dan diberkati. Bukan hanya yang diperlukan ialah yang disahkan halal tetapi juga dibuat, diadun, dirumuskan oleh orang yang bersyahadah serta daripada tangan-tangan yang bersolat, beriman dan orang yang bertakwa.

Maka dengan itu standard pengeluaran yang bertaraf  IMP (Islamic Manufacturing Practice) adalah sangat menepati kehendak pasaran orang Islam pada hari ini bagi menjernihkan pemikiran, rohani, akhlak dan kesucian untuk beribadah kepada Allah. Ingatlah “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadis riwayat at-Termizi).  

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

Banyak makanan atau minuman yang terdapat di pasaran yang tidak jelas kesuciannya. Ada yang menggunakan logo palsu tanpa mengendahkan peraturan dan ketetapan sebagai syarat dalam permohonan produk halal.

Pengeluaran produk makanan atau minuman yang bercanggah dengan syarak juga dilakukan oleh beberapa syarikat yang bukan Islam kerana mereka tidak memahami peraturan halal yang menepati syarak.