Category Archives: Perniagaan

8 Cara membuka pintu rezeki – IRFAN Khairi

8 Cara membuka PINTU REZEKI dengan mudah

Mencari rezeki, InshaaAllah tidaklah susah. Dengan melakukan perkara-perkara yang dituntut agama, Allah swt menjanjikan pelbagai rezeki kepada kita.Siang malam, pagi petang mungkin kita telah berusaha sedaya upaya bekerja, tetapi untuk membuka pintu rezeki dengan lebih luas lagi, tidak memerlukan usaha yang terlalu keras.

Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki…

1. Jangan derhaka pada ibu dan bapa. Selalu doakan dan gembirakan mereka.

2. Jangan bergaduh bersama saudara mara. Malah, eratkan silaturahim sesama keluarga.

3. Tunaikan haji apabila mampu. Walaupun duit akan keluar, rezeki akan masuk.

4. Jadikan tabiat menunaikan Solat Sunat Dhuha. Terbaiknya ketika matahari sedang naik selepas Syuruk.

5. Mulakan usaha dan kerja selepas solat Subuh. Jangan pula sambung tidur.

6. Amalkan surah Al Waqiah. Sabda Rasulullah SAW, ia adalah surah kekayaan yang perlu dibaca dan diajar kepada anak-anak.

7. Rezeki datang bila berkahwin. Jangan dilewat-lewatkan mendirikan rumah tangga.

8. … Dan apabila mendirikan rumah tangga, anak-anak juga akan membuka pelbagai pintu rezeki untuk keluarga!

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” ~ Surah At-Talaq ayat 2-3

Petikan dari Irfan Khairi…

Apa Kegunaan Madu yg Hebat

Apa Kegunaan Madu hebat.

Apa Kegunaan Madu yang Hebat

Kalau kita tanya apa kegunaan madu yang hebat, kita akan dapat banyak informasi. Kegunaan madu ialah daripada menghazamkan makanan, menurunkan demam, anti-toksid, membuka selera, memperbaiki ulcer, asma, penat dan juga resdung, menguatkan sistem ketahanan badan dari pelbagai penyakit.
. Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya.
· Madu boleh mengeluarkan racun
· Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.

Antara Khasiat Madu:
Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
Memulihkan penyakit berpanjangan.
Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
Menyembuhkan penyakit dalam perut.
Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
Memulihkan batuk dan lelah.
Menghindarkan badan letih dan lesu.
Kurangkan kesakitan bila datang haid.
Baik untuk perempuan bersalin.
Membantu/menerangkan pemandangan.
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari anemia.
Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
Memulihkan sel-sel urat besar.
Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Merangsang tenaga batin.
NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

KELEBIHAN UNTUK:
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh cirit-birit dengan segera.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. PELAJAR
a) Kecerdasan minda pelajar.
b) Menguatkan ingatan dan mudah menghafal
c) Mengurangkan kelesuan dan tekanan akibat belajar
d) Sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Amalan berterusan akan dapat mencegah penyakit. Insyallah….
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
CARA MENGGUNAKAN MADU
Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.
Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
Untuk penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
Dalam Al-Quran, madu lebah juga ada dinyatakan :
“Dan Tuhanmu mewahyukan lebah : buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di rumah-rumah yang didirikan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu. dari perut-perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhanbagi orang-orang yang memikirkannya”.
(An-Nahl:68-69)
Sabda Rasullullah s.a.w :
“Barangsiapa yang menelan minuman (minum sedikit) madu tiga kali setiap bulan, maka ia tidak akan terkena penyakit yang teruk.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadis lain juga disebutkan:
“Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran.”
Asid Dalam Madu
Asid dalam madu adalah untuk ketahan madu daripada dirosakkan bakteria. Asid yang wujud seperti asid glukonik, asid formik, asitikm benzoik, burik, sitrik, isovalerik, laktik, malic, oxalic, propionik, phenylacetic, succinic, valeric dan asid amino.
Vitamin
Vitamin dalam madu lebah juga wujud seperti B1, B2 kompleks, B6, dan vitamin C.
Kandungan madu lebah
Air 16 – 25 %
Gula Levulose dan dextrose 75 – 83%
Sukros 5%
Dextrin, Maltose dan gam 1 – 2 %
Galian (mineral) 0.25%
Lain-lain 28.75%
KEISTIMEWAAN MADU
Madu adalah madu yang terpilih dari segi keasliannya. Rasanya juga enak kerana ia berasal dari sari bunga liar yang mengandungi berbagai khasiat. Gunakan dengan yakin. InsyaAllah ia akan menjadi minuman paling lazat. Makanan paling berkhasiat serta ubat yang paling mujarab. Ia sangat sesuai dijadikan amalan oleh semua tanpa batasan agama, bangsa dan peringkat umur. Ginger Honey dan Cinnamon Honey merupakan produk halal keluaran Islam.

Pesanan: 2 pek RM60. Akaun Maybank 158284004265 (Zahidan Abd Aziz) Pos percuma. SMS Alamat pos ke hp: 019-5649016

Pengeluar Produk Kosmetik

Pihak kami sedia menerima tempahan produk kosmetik kerana kilang  ini mempunyai spesialisasi dalam pengeluaran produk kosmetik sehingga mendapatkan Notofication (NOT) no,  Good Manufacturing Practice (GMP) dan Islamic Manufacturing Practice (IMP.)

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

IMG-20141011-WA0001

Kami sangat mengalu-alukan perniagaan dalam produk kosmetik kerana sebelum ini terdapat pengeluar-pengeluar yang tidak mengambil endah akan status kehalalan sesuatu produk walaupun ia berbentuk krim yang disapukan ke muka atau badan. Pernah terdapat isu sebelum ini iaitu lipstik yang mengandungi uri babi dan produk yang dibuat dari bahan yang tidak halal.  Ini menjejaskan solat kita sebagai umat Islam. Selain sebagai fardhu, anda juga telah membantu pengguna mendapatkan produk yang diyakini kesuciannya.

Beralihlah kepada produk yang berstatus IMP kerana ini sangat penting bagi melahirkan generasi yang yakin akan ibadatnya. Produk kosmetik yang halal dan suci sangat perlu dalam masyarakat sekarang.

Akhirnya, jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat contract manufacturing, sila hubungi kami dengan menyertakan no tel anda. Kami akan menghubungi anda.

Zahidan 019-5649016

Produk Islam

Pada masa ini produk Islam yang dihasilkan orang Islam sendiri adalah sangat kurang dibandingkan dengan produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

Suasana kilang pengeluaran IMP
Suasana kilang pengeluaran IMP
Produk Islam Halalan Thoyyiban
Produk Islam Halalan Thoyyiban

Produk islam yang terdapat di pasaran boleh dikatakan, ia boleh di bilang dengan jari. Ada ketikanya, kita begitu sukar sekali untuk mendapatkan produk terutamanya makanan yang dibuat oleh orang Islam. Bagi yang mementingkan apa yang mereka makan mereka akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan produk yang mereka cari.
Tahukah anda bahawa ini juga merupakan salah satu fardhu kifayah bagi kita sekiranya tiada sesiapa yang ingin menyediakan produk keluaran orang Islam ini? Tuntutan untuk menghasilkan makanan yang halal bagi orang Islam ini sangat menepati hadis berikut:
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadith riwayat at-Tarmizi).
Mengambil isu dan situasi ini, kami juga memberikan beberapa peluang untuk mewujudkan produk jenama para usahawan sendiri dipanggil “contract manufacturing” – kadangkala disebut OEM (Original Engineering Manufacturing) bagi membolehkan para usahawan Islam mengeluarkan apa sahaja produk yang terlintas di fikiran mereka (Insya Allah) selagi ada bahan mentah yang mereka hajatkan.
Adalah menjadi satu amanah bagi yang celik mata sedikit ini untuk membantu mereka yang kurang berkemahiran, jadi konsep ini digunakan untuk membantu usahawan yang baru berjinak dalam bidang ini. Kami juga sedia membantu anda para usahawan untuk menceburi bidang ini dengan mudah dan modal yang kecil untuk memulakan bisnes yang besar.
Bagi tujuan ini anda boleh menghubungi Konsultan Produk kami, En Zaha 019-5649016 bagi mendapatkan gambaran yang terperinci.

Apa Kelebihan Contract Manufacturing dengan IMP

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK BARU MELALUI OEM DENGAN RAKAN KONGSI BARUhalibs gold

Proses OEM (Original Engineering Manufacturing) atau contract manufacturing melalui perkongsian pintar dengan IMP Solution yang beribu pejabat di Ampang dan kilang di Kuala Kangsar mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Kaedah ini boleh menjimatkan kos bagi individu yang ingin mengeluarkan produk. Mereka tidak perlu membeli mesin yang mahal mahal untuk mendapatkan GMP dan Halal yang menuntut proses yang panjang, tetapi sebaliknya hanya menumpu kepada proses pemasaran secara kreatif dan economics of scale. Ini lebih kos efektif dan dapat membantu pengusaha kecil untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Sistem usaha sama ini menggunakan mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai status IMP, GMP, Halal, suci dan bersih melalui proses pembuatan yang  mematuhi syariah.

Pihak IMP akan memastikan pengurusan kilang yang teratur dan produk mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM dan produk dikeluarkan berdasarkan pemantauan syariah yang ketat.

Bersama-samalah kita bekerja secara berjamaah, bantu-membantu sesama kita mengikut keupayaan masing-masing. BERDIRI TEGUH BERSATU KUKUH.

Machinery
Machinery

Mengapa perlu sangat HYPERMARKET ISLAM?

Hypermarket Islam sepatutnya diadakan bagi mengetengahkan produk-produk Islam di kalangan masyarakat. Antara tujuannya:

IMG-20141011-WA0001

1. Meningkatkan daya saing umat Islam.

2. Menaikkan ekonomi umat Islam

3. Menyelamatkan maruah org Melayu/Islam dan mengelak ditipu akibat pencemaran dan najis.
4. Menyediakan satu pasar yg luas lagi hebat bagi makanan yang sah halal dari tangan-tangan yg bersyahadah.
5. Limpahan tenaga rohani pembuatnya yang melimpahkan keberkatan dan rahmat, terutama yang dimuliakan dengan bacaan ayat suci alQuran dan amalan serta doa yang tak putus putus.
6. Membuka peluang kpd peniaga Melayu/Islam untuk menyebarluaskn produk mereka dgn mudah dan tidak di aniayai spt apa yg berlaku skg. Aamin.. wassalam

Produk Halalan Thoyyiban
Produk Halalan Thoyyiban