Category Archives: Produk

Makanan Halal dan Impak Terhadap Rohani

Makanan yang halal adalah sangat penting dari segi pembersihan rohani. Makanan halal lagi suci membersihkan jiwa dan melahirkan akhlak yang terpuji. Anak yang terdidik dengan makanan halal lagi bersih senang dididik dan mendengar kata. Mereka akan membesar sebagai anak yang salih kerana keberkatan makanan tersebut. Dari segi hukum menurut perspektif Islam, semua jenis makanan di muka bumi ini adalah halal dimakan kecuali beberapa jenis yang terang-terang diharamkan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. 

Oleh kerana industri makanan dikuasai orang bukan Islam, akan terjadi pengeluaran dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dan menenggelamkan makanan halal.  Cara pemprosesan atau membuatnya juga hendaklah dipastikan ia dikendalikan dengan cara bersih, suci dan halal. Jika tidak, makanan berkenaan yang pada mulanya bersumberkan bahan mentah halal akhirnya boleh ‘jatuh’ ke dalam kategori makanan haram.

Pengeluar hendaklah mengetahui hukum berkenaan air mutlak, air musyammas, mutanajis dan sebagainya bagi membolehkan pelaksanaan hukum halal terlaksana dengan lebih efektif. Maka umat Islam seharusnya menyedari dan mengambil peluang ini, untuk berusaha mengeluar dan membekalkan keperluan makanan halal sendiri. 

Atas kesedaran dan inisiatif ini, pihak IMP telah mengadakan satu platform bagi usahawan Islam untuk menjadi pengeluar makanan halal sendiri yang berjenama sendiri dan boleh ditrademarkkan. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi konsultan kami  :

019 442 3255 (Ahmad Redho)

Makanan, minuman dan kosmetik

Produk Islam

Pada masa ini produk Islam yang dihasilkan orang Islam sendiri adalah sangat kurang dibandingkan dengan produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

Boleh dikatakan, ia boleh di bilang dengan jari. Ada ketikanya, kita begitu sukar  sekali untuk mendapatkan produk terutamanya makanan yang dibuat oleh orang Islam. Bagi yang mementingkan apa yang mereka makan mereka akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan produk yang mereka cari.

Tahukah anda bahawa ini juga merupakan salah satu fardhu kifayah bagi kita sekiranya tiada sesiapa yang ingin menyediakan produk keluaran orang Islam ini?  Tuntutan untuk menghasilkan makanan yang halal bagi orang Islam ini sangat menepati hadis berikut:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadith riwayat at-Tarmizi).

Mengambil isu dan situasi ini, kami juga memberikan beberapa peluang untuk mewujudkan produk jenama para usahawan sendiri dipanggil “contract manufacturing” – kadangkala disebut OEM (Original Engineering Manufacturing) bagi membolehkan para usahawan Islam mengeluarkan apa sahaja produk yang terlintas di fikiran mereka (Insya Allah) selagi ada bahan mentah yang mereka hajatkan.

Adalah menjadi satu amanah bagi yang celik mata sedikit ini untuk membantu mereka yang kurang berkemahiran, jadi konsep ini digunakan untuk membantu usahawan yang baru berjinak dalam bidang ini. Kami juga sedia membantu anda para usahawan untuk menceburi bidang ini dengan mudah dan modal yang kecil untuk memulakan bisnes yang besar.

Bagi tujuan ini anda boleh menghubungi Konsultan Produk kami, 019 442 3255 (Ahmad Redho) bagi mendapatkan gambaran yang terperinci.

Produk Islam

Pada masa ini produk Islam yang dihasilkan orang Islam sendiri adalah sangat kurang dibandingkan dengan produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

Suasana kilang pengeluaran IMP
Suasana kilang pengeluaran IMP
Produk Islam Halalan Thoyyiban
Produk Islam Halalan Thoyyiban

Produk islam yang terdapat di pasaran boleh dikatakan, ia boleh di bilang dengan jari. Ada ketikanya, kita begitu sukar sekali untuk mendapatkan produk terutamanya makanan yang dibuat oleh orang Islam. Bagi yang mementingkan apa yang mereka makan mereka akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan produk yang mereka cari.