Fardhu Kifayah dalam Pengeluaran Produk Makanan

Industri pengeluaran produk makanan begitu pesat sekarang kerana bertambahnya bilangan pengguna. Dengan bertambahnya pengguna terutamanya dalam industri makanan, tentu sahaja akan mengundang pengeluar produk makanan. Persaingan berlaku dan bertambahkan kategori makanan yang ditempatkan di supermarket, stesen minyak dan kedai runcit.

sujud3

Apa yang patut difikirkan ialah pengeluar-pengeluar produk makanan ini sepatutnya memenuhi asas dalam hukum menyediakan produk makanan dan menitik-beratkan kebersihan seperti air. Jika sekiranya pengeluar ini tidak mementingkan kedua aspek ini, dikuatiri produk yang dihasilkan terdapat syubhah atau tidak halal.

Maka, oleh yang demikian, adalah menjadi fardhu kifayah bagi masyarakat kita untuk mengeluarkan makanan yang halal lagi suci kerana Islam amat mementingkan kesucian. Jika sekiranya gagal memenuhi kriteria ini, maka adalah dikhuatiri ibadat seseorang itu juga mengandungi unsur syubhah atau mungkin ditolak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *