Keusahawanan dan Kreativiti

Usahawan mempunyai pengaruh yang besar untuk menentukan maju mundurnya sesebuah negara. Peranan mereka hebat kerana mereka boleh mengesan permintaan pengguna dengan begitu tepat.
Menurut Kamus Dewan, usahawan ialah orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan. Keusahawanan pula ialah (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.BQ

Usahawan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memajukan masyarakat. Usahawan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kreativiti kehidupan. Mereka mampu untuk mencipta sesuatu produk, pakaian, makanan dan keperluan manusia. Mereka membantu kita untuk meneruskan kehidupan, mencantikkan kehidupan manusia atau memudahkan perjalanan hidup kita.

Seharusnya kita berterima kasih kepada usahawan yang tak jemu-jemu mencipta sesuatu atau mengusahakan sesuatu barangan yang menjadi kegilaan kita. Contohnya smartphone, sekiranya tiada usahawan yang membuat produk tersebut secara pukal maka sudah tentu produk tersebut sukar didapati di dunia ini.
Setiap usahawan mempunyai keunikan mereka sendiri berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Bagi yang minat gadget, mereka akan mengusahakan produk berteknologi yang kreatif dan boleh digunakan dengan mudah untuk kebaikan pengguna. Bagi yang sukakan produk pakaian, mereka akan mengusahakan pelbagai keluaran yang diminati oleh pelanggan dengan fesyen dan design yang bersesuaian.

Dari segi sejarah kemajuan sesebuah negara, sebagian besarnya dinilai daripada kemajuan industrinya. Industri tidak akan wujud tanpa usahawan yang mencipta sesuatu kreasi daripada idea kreatif team usahawan. Usahawan mempunyai instinct atau naluri yang begitu hampir dengan kehendak pengguna sehingga mereka boleh menentukan citarasa pengguna dengan produk keluaran mereka.

Di IMP, kami menyediakan platform bagi usahawan untuk mencipta produk jenama sendiri bagi membolehkan para usahawan memacu industri pemakanan dan kosmetik. Terpulanglah kecanggihan mereka untuk memasarkan produk-produk tersebut melalui online marketing dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *