Khasiat Buah Tin

Banyak Khasiat buah  tin yang  terdapat hasil daripada makanan yang berasal  dari Asia Barat ini. Ia memang sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja kerana keistimewaannya.

Buah tin adalah satu buah yang sangat istimewa kerana Allah bersumpah di dalam al-Quran. “Demi buah Tin dan Zaitun.” (Surah At-Tin, 95:1)

Khasiat buah tin terdapat didalam setiap hidangan.
Khasiat buah tin terdapat didalam setiap hidangan.

 

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

 tin

Buah tin (Ficus carica L) adalah jenis tumbuhan yang berasal dari Asia Barat. Buah tin banyak mengandungi gula dalam jumlah yang banyak, dan juga mengandung garam utama. Yang terpenting diantaranya adalah kalsium, fosforus dan Vitamin C. Inilah yang menyebabkan kandungan zat buah tin sangat tinggi.

 

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati, buah pinggang dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.

 

Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir. Ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat mengelak dari bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Kandungan nutrisi dalam buah tin kering

Protin 4.3gm;

Lemak 1.3gm;

Mineral 2.4gm;

Serat 5.6gm;

Karbohidrat 63.4gm

Tenaga 274 kcal;

Kalsium 126mg;

Forforus 77mg;

Zat besi 3mg;

Vitamin C 1mg.

 

 

 

Ia kaya dengan protein, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah dan mengandungi antioksidan yang dapat menghalangi karsinogen yang menjadi penyebab kanser. Buah Tin juga mengandungi Omega-3 serta Omega-6, iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Buah Tin juga kadar lemaknya rendah, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol, yang pasti sangat sesuai untuk dimakan oleh para penderita diabetes atau kencing manis.

Dalam buah Tin terkandung zat yang dapat mengurangi kolestrol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan saluran pernafasan bagi para penderita asma / sesak nafas.

Buah tin selain mengandung serat yang sangat tinggi, iaitu setiap 100 gm buah tin kering mengandungi 12,2 gm serat,  dan juga terdapat zat Benzaldehyde, sebuah zat yang dapat menghalang pertumbuhan tumor.

 

Antara Khasiat Lain Buah Tin Ialah:

  • Buah Tin mampu membunuh bakteria yang merugikan di dalam tubuh.
  • Ia membantu merangsang pembentukan hemoglobin darah iaitu sebagai ubat penyakit anemia.
  • Mampu menurunkan berat badan anda atau mengurangkan nafsu makan.
  • Menguatkan jantung.
  • Melancarkan pembuangan air besar.
  • Khasiat buah tin untuk haid tidak lancar
  • Menguatkan tulang, kerana ia kaya dengan kalsium.
  • Khasiat buah tin untuk mengubati lambung atau usus
    • Sediakan 6-7 buah tin yang sudah kering
    • Potong menjadi beberapa bahagian
    • Rendam buah tin tersebut dalam minyak zaitun semalaman
    • Makan potongan buah tin tersebut pada pagi harinya

Khasiat buah tin untuk luka dan bisul

  • Siapkan beberapa buah tin yang sudah kering
  • Pecahkan buah tin tersebut dan ambil isinya
  • Rebus isi buah tin tersebut disusu biasa sampai beberapa minit
  • Biarkan sampai dingin
  • Balurkan buah tin tersebut ke bahagian tubuh yang mengalami luka atau bisul, kemudian dibalut atau diikat
  • Perbaharui balutan tersebut 3 atau 4 kali dalam sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *