Latarbelakang Kami

Berbekalkan pengalaman mereka cipta pelbagai jenama yang terkemuka di pasaran, kami menawarkan khidmat kami untuk membina usahawan baru yang berkaliber dan berpotensi. Tujuan kami ialah bagi menjadikan mereka sebagai pemilik jenama yang setanding dengan pengeluar produk di peringkat antarabangsa.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, kami telah membina ratusan usahawan yang dibanggakan dengan jenama yang sangat mekar di hati pengguna, yang berada di sosial media seperti facebook, instagram, twitter dan youtube. Kami juga telah membina usahawan yang bermula dari kosong.

Antara perkhidmatan yang diberikan sama ada percuma atau berbayar ialah nasihat tentang komposisi produk, proses mendapatkan status halal, maklumat tentang kegunaan produk, design dan artwork, percetakan dan packaging, penjenamaan dan khidmat nasihat pengeluaran produk baru yang belum berada di pasaran. Kami juga boleh memberikan nasihat dan latihan dari segi pemasaran online seperti pembinaan website hingga promosi di media sosial.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tanpa segan silu…

FB Page: Halal Manufacturing

Pengeluar Produk IMP
Pengeluar Produk IMP

One thought on “Latarbelakang Kami”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your Contract Manufacturer