Memulakan Perniagaan

Ada yang bertanya, adakah boleh kita memulakan perniagaan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Berikut ini adalah jawapan dari Saudara Irfan Khairi. Kebetulan beliau adalah guru saya dalam internet business: Ini nasihat dari Saudara Irfan Khairi, Jutawan Internet.

Pandangan Saudara Irfan Khairi mengenai adakah kita boleh memulakan perniagaan pada waktu sekarang?
Irfan Khairi : Adakah kita boleh memulakan perniagaan pada waktu sekarang?

 

Salam Zahidana,

Baru sahaja tiba di Malaysia selepas 10 hari di luar negara. Seperti mana saya kongsikan pada minggu lepas, saya mendapat jemputan di New York, USA untuk menyampaikan talk mengenai perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Kemudian, sebelum pulang ke Malaysia singgah sebentar ke Dubai atas urusan Business School saya, Irfan Khairi Institute of Business, Dubai.

Kini di Malaysia, pengalaman saya di New York USA, dan Dubai UAE membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyampaikan ilmu perniagaan Internet dan strategi Media Sosial kepada masyarakat di Malaysia!

Ramai yang tertanya-tanya adakah keadaan ekonomi kini yang dikatakan ‘tidak menentu’ ini baik untuk memulakan perniagaan?

Zahidana, jawapan saya adalah YA. Ketika saya memulakan perniagaan Internet lebih 16 tahun lalu, Malaysia (dan negara-negara lain) sedang di dalam keadaan krisis ekonomi. Jika dilihat dalam sejarah perniagaan, banyak perniagaan memperolehi kejayaan ketika ekonomi tidak menentu.

4 daripada sebabnya…

1. Ketika ekonomi down, kos premis dan pengendalian perniagaan semakin tinggi. Oleh itu, perniagaan Internet yang sememangnya menggunakan kos rendah perlu menjadi pilihan!

2. Ketika ekonomi down, pesaingan berkurangan. Oleh itu, inilah waktu terbaik berniaga ketika kurang pesaingan!

3. Ketika ekonomi down, pengguna akan lebih memilih terutamanya memilih jenama yang dikenali. Oleh itu, ketahui cara membina jenama perniagaan anda!

4. Ketika ekonomi down, mereka yang tahu teknik dan strategi sebenar berniaga di Internet akan memperolehi kejayaan. Ini kerana lebih 95% usahawan menggunakakan teknik yang salah dan tidak efektif. Oleh itu, pelajari teknik dan strategi perniagaan yang betul dan efektif!

Kadar kejayaan peserta Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial adalah tinggi…

Jumpa lagi dan salam Ramadhan!

-Irfan Khairi
Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your Contract Manufacturer