Peluang Perniagaan Melalui Contract Manufacturing IMP

Peluang Perniagaan dalam Contract Manufacturing IMP
Peluang Perniagaan dalam Contract Manufacturing IMP

Dengan pertambahan penduduk muslim sedunia kepada 1.8 Billion dan merupakan 28% daripada komposisi penduduk dunia, pasaran sebenarnya telah tersedia untuk kita. Peluang yang begitu luas ini juga termasuk bukan sahaja orang Islam yang perlukan produk halalan thoyyiban, malah bukan Islam juga menerima produk tersebut kerana kesuciannya. Adakah kita melihat sahaja produk disediakan untuk kita tanpa terlintas di hati kita untuk sama sama berjuang mengadakan pasaran produk tersebut. Selain daripada fardu kifayah, kita juga dituntut untuk memperbaiki ekonomi umat Islam yang begitu ramai. Tak kiralah sama kita memulakan secara kecil-kecilan atau secara konglomerat, sesuatu usaha perlu dilakukan, lebih baik lagi secara berjamaah.

Orang Islam sendiri bukan tiada kepakaran dalam bidang ini. Apa yang sangat diperlukan ialah tenaga tenaga pemikir secara berjamaah untuk sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu proses pengeluaran ini berkembang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *