Pengeluaran dan Pemasaran Produk IMP

Pengeluaran dan Pemasaran Produk IMP

Lebih 80% produk makanan kita dikeluarkan oleh bukan Islam. Menyedari hakikat ini, Sidratul Corporation Sdn. Bhd. sebuah kilang pengeluaran produk produk IMP telah mengambil langkah untuk mempersiapkan kelengkapan industri dan tenaga kerja seramai lebih kurang 100 orang melalui 14 buah Kilang di kawasan Perindustrian MIEL, Kuala Kangsar, Perak untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna yang ingin memproses produk makanan halalan thoyiban. Aktiviti pengeluaran produk ini telahpun dilaksanakan mulai 2006 dan telahpun membekalkan lebih 500 produk makanan halalan thoyiban di atas pelbagai jenama kepada 80 buah syarikat. Bersama IMP Solution iaitu anak syarikatnya, kami menawarkan Pusat  Khidmat Setempat (One Stop Center) kepada Usahawan-usahawan. Di antara perkhidmatannya ialah:

Peralatan Kilang
Peralatan Kilang
  • Perkhidmatan Pengilangan Kontrak, OEM dan Jenama Eksklusif.
  • Perkhidmatan Rundingan dan Rekaan Produk.
  • Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan produk.
  • Perkhidmatan Pelabelan, Pembungkusan & penjenamaan
  • Perkhidmatan konsultansi dalam pemakanan halalan thoyyiban dan pembangunan pengilangan.
  • Perkhidmatan latihan industri, kursus keusahawanan, pembangunan perniagaan, pemasaran, pengurusan kewangan & Unjuran aliran tunai.
  • Perkhidmatan pengiklanan, promosi & perniagaan dalam talian.
  • Aplikasi media sosial seperti Facebook, Youtube dan Instagram dan media tradisional dalam proses pemasaran.
  • Aktiviti memasarkan produk ke seluruh Negara dan untuk eksport.

Produk halalan thoyyiba berteraskan syarak (IMP) adalah amat penting dapat disebarluaskan dikalangan umat-umat Islam di seluruh dunia, malah kepada sesiapa sahaja  kerana manfaatnya kepada rohani, jiwa, akhlak dan tindak-tanduk manusia supaya menjadikan mereka lebih soleh, lebih mulia dan taqwa. Ini boleh mendekatkan kita semua kepada Allah dan  agar mendapat  husnul khotimah. Resolusinya ialah kembali kepada Allah.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk jenama sendiri hubungi Zahidan 019-5649016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *