Produk Islam

Pada masa ini produk Islam yang dihasilkan orang Islam sendiri adalah sangat kurang dibandingkan dengan produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

Produk islam yang terdapat di pasaran

Boleh dikatakan, ia boleh di bilang dengan jari. Ada ketikanya, kita begitu sukar  sekali untuk mendapatkan produk terutamanya makanan yang dibuat oleh orang Islam. Bagi yang mementingkan apa yang mereka makan mereka akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan produk yang mereka cari.

Tahukah anda bahawa ini juga merupakan salah satu fardhu kifayah bagi kita sekiranya tiada sesiapa yang ingin menyediakan produk keluaran orang Islam ini?  Tuntutan untuk menghasilkan makanan yang halal bagi orang Islam ini sangat menepati hadis berikut:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadith riwayat at-Tarmizi).

Mengambil isu dan situasi ini, kami juga memberikan beberapa peluang untuk mewujudkan produk jenama para usahawan sendiri dipanggil “contract manufacturing” – kadangkala disebut OEM (Original Engineering Manufacturing) bagi membolehkan para usahawan Islam mengeluarkan apa sahaja produk yang terlintas di fikiran mereka (Insya Allah) selagi ada bahan mentah yang mereka hajatkan.

Adalah menjadi satu amanah bagi yang celik mata sedikit ini untuk membantu mereka yang kurang berkemahiran, jadi konsep ini digunakan untuk membantu usahawan yang baru berjinak dalam bidang ini. Kami juga sedia membantu anda para usahawan untuk menceburi bidang ini dengan mudah dan modal yang kecil untuk memulakan bisnes yang besar.

Bagi tujuan ini anda boleh menghubungi Konsultan Produk kami, En Zaha 019-5649016 bagi mendapatkan gambaran yang terperinci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *