PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN IMP MELALUI PROJEK CONTRACT MANUFACTURING

IMP Contract Manufacturing
IMP Contract Manufacturing
Kilang Pengeluaran Produk IMP
Kilang Pengeluaran Produk IMP

Program membangunkan usahawan adalah satu usaha yang berterusan yang harus berstrategi  agar mendapat hasil yang cemerlang. Dalam sistem pemasaran yang sedia ada sekarang ini terutamanya melalui sistem hypermarket dan pasaraya besar, peniaga kecilan akan menghadapi satu halangan dari segi memasarkan produk mereka kepada orang ramai kerana produk mereka tidak dikenali dan ia memerlukan kos iklan yang besar. Jika keadaan ini berterusan tanpa ada satu usaha yang murni ke arah membimbing usahawan baru ini, lambat laun usahawan-usahawan ini tidak akan mendapat tempat untuk memasarkan produk-produk mereka.

Masalah kedua yang dilihat ialah masalah pemakanan orang Islam yang banyak mengandungi perkara perkara syubhah, gharar, malah ada yang mengandungi unsur-unsur yang haram. Akibat tidak ada informasi yang betul, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa beberapa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi unsur-unsur haram dan mengandungi bahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menyedari hakikat ini, IMP Solution sedang mengatur program membantu usahawan untuk mencipta jenama mereka sendiri untuk mempromosikan makanan halalan thoyiban yang berteraskan IMP. Pelbagai faedah kepada peserta kursus/seminar telahpun dikenalpasti. Produk-produk ini nanti akan diketengahkan kepada masyarakat melalui FB, Youtube, Instagram dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai.

 

TUJUAN PROGRAM

Tujuan diadakan program ini ialah untuk:

  • Mendedahkan maklumat makanan halaalan thoyiban, termasuk perkara perkara haram dan syubhah dalam makanan kepada masyarakat.
  • Ini supaya masyarakat kita menyedari batas halal haram dalam makanan dan agar mereka lebih prihatin dalam menjaga makanan kerana daging yang terbit dari makanan yang haram, selayaknya tempatnya di api neraka.
  • Selain itu ia adalah untuk menyemarakkan industri pengeluaran produk produk makanan yang dikeluarkan oleh orang Islam.
  • Dengan cara ini juga membuka peluang dan outlet  pemasaran bagi produk-produk  makanan Islam.
  • Agar bersemaraknya produk pemakanan Islam dan agar kita tidak bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.
  • Ini boleh mengubah fenomena dalam masyarakat kita supaya makanan orang Islam dikeluarkan hanya oleh orang Islam.
  • Apabila ini berlaku, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan yang halaalan thoyiban agar makanan halal bertaraf IMP dapat disebarluaskan di seluruh dunia.

    Suasana kilang pengeluaran IMP
    Suasana kilang pengeluaran IMP

Bersama-samalah para usahawan sekalian untuk mencipta pembaharuan dalam merevolusikan produk mereka. Di IMP Solution terdapat beberapa konsultan yang boleh membantu anda. Sila hubungi kami. 019-5649016

FB Page: IMP Solution

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *