Tag Archives: 1JutaBayarZakat

Mengapa Elemen Latihan itu Penting Dalam Perniagaan

Mengapa Elemen Latihan itu Penting Dalam Perniagaan:

Projek FB:1Juta usahawan  telah dilaksanakan di beberapa tempat bagi mengenalpasti potensi usahawan yang ingin dimajukan. Matlamat program ini ialah untuk mengeluarkan usahawan yang terpilih untuk “Keluar dari Berhutang dan Menjadi Pembayar Zakat.” 

Selain sesi kursus / ceramah dan latihan keusahawanan, pihak penyedia latihan juga membimbing usahawan untuk menghasilkan produk sendiri dengan jenama sendiri secara pengilangan Islam (IMP) yang halal lagi baik. Kilang yang mengeluarkan produk-produk ini mempunyai status Good Manufacturing Product (GMP) dan Islamic Manufacturing Practice (IMP), iaitu 100% pekerjanya adalah Islam. Pihak IMP insya Allah akan memandu pengusaha agar menjadi usahawan yang berjaya dari segi pengeluaran produk, penjenamaan, labeling, pemasaran dan sebagainya dengan modal yang agak sedikit.

1JutaBayarZakat
1JutaBayarZakat

Latihan ini adalah penting sebagai panduan untuk mereka yang terlibat dalam perniagaan sebagai panduan bagaimana memajukan perniagaan termasuk pemasaran. Pengabungan latihan sikap, mental, kefahaman, ilmu, cara mengendalikan pelanggan dan sebagainya adalah aset yang penting bagi menanamkan sifat dan kualiti keusahawanan yang berjaya.

Selain dari 2 elemen di atas, terdapat pelbagai cara lagi yang telah disusun untuk kebaikan usahawan. Hubungi kami atau FB/1juta  di link berikut untuk mendapat maklumat.

https://www.facebook.com/1JutaBayarZakat?ref=ts&fref=ts