Tag Archives: Contract Manufacturing

We help and advice you on how ho make your own halal products, branding, packaging, composition and marketing

Apakah Aktiviti yang Terlibat Dengan Contract Manufacturing

Apakah aktiviti yang terlibat dalam Contract Manufacturing ini?
IMP merupakan satu amalan pengeluaran produk Islam yang berdasarkan amalan yang diluluskan oleh syarak melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk, serta kebersihan dan kesucian produk yang dihasilkan pada kos yang amat berpatutan.

Antara aktiviti IMP Solution ialah menyediakan perundingan untuk Pengilangan secara Kontrak. Ia merupakan antara kaedah yang paling mudah dan selamat bagi Usahawan-Usahawan baru yang ingin bermula mengorak langkah didalam industri makanan,minuman dan kosmetik. Dengan kos memulakan perniagaan yang rendah serta kualiti produk yang setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran, pengilangan secara kontrak merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Kami sedia untuk membantu anda mempunyai produk anda dengan jenama anda sendiri.

Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP
Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP

IMP Solution menawarkan kepada usahawan-usahawan rekabentuk produk yang menarik, serta mengikut trend terkini yang pasti bakal meningkatkan bilangan penjualan produk anda. IMP Solution menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan yang berkualiti dan pada kos yang amat berpatutan terutama usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan didalam industri makanan, minuman dan kosmetik halalan thoyyiban.

PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN IMP MELALUI CONTRACT MANUFACTURING

PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN IMP MELALUI PROJEK CONTRACT MANUFACTURING

Program membangunkan usahawan melalui contract manufacturing adalah satu usaha yang berterusan yang harus berstrategi agar mendapat hasil yang cemerlang. Dalam sistem pemasaran yang sedia ada sekarang ini terutamanya melalui sistem hypermarket dan pasaraya besar, peniaga kecilan akan menghadapi satu halangan dari segi memasarkan produk mereka kepada orang ramai kerana produk mereka tidak dikenali dan ia memerlukan kos iklan yang besar. Jika keadaan ini berterusan tanpa ada satu usaha yang murni ke arah membimbing usahawan baru ini, lambat laun usahawan-usahawan ini tidak akan mendapat tempat untuk memasarkan produk-produk mereka.

Masalah kedua yang dilihat ialah masalah pemakanan orang Islam yang banyak mengandungi perkara perkara syubhah, gharar, malah ada yang mengandungi unsur-unsur yang haram. Akibat tidak ada informasi yang betul, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa beberapa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi unsur-unsur haram dan mengandungi bahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menyedari hakikat ini, IMP Solution sedang dan akan mengatur program membangunkan usahawan melalui contract manufacturing untuk mencipta jenama mereka sendiri untuk mempromosikan makanan halalan thoyiban yang berteraskan IMP. Pelbagai faedah kepada peserta kursus/seminar telahpun dikenalpasti. Produk-produk ini nanti akan diketengahkan kepada masyarakat melalui FB, Youtube, Instagram dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai.

Contract Manufacturers

TUJUAN PROGRAM

Tujuan diadakan program ini ialah untuk:

Mendedahkan maklumat makanan halaalan thoyiban, termasuk perkara perkara haram dan syubhah dalam makanan kepada masyarakat.

Ini supaya masyarakat kita menyedari batas halal haram dalam makanan dan agar mereka lebih prihatin dalam menjaga makanan kerana daging yang terbit dari makanan yang haram, selayaknya tempatnya di api neraka.

Selain itu ia adalah untuk menyemarakkan industri pengeluaran produk produk makanan yang dikeluarkan oleh orang Islam melalui cara yang mudah tanpa memerlukan mereka mempunyai kilang iaitu contract manufacturing.

Dengan cara ini juga membuka peluang dan outlet pemasaran bagi produk-produk makanan Islam.

Agar bersemaraknya produk pemakanan Islam dan agar kita tidak bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

Ini boleh mengubah fenomena dalam masyarakat kita supaya makanan orang Islam dikeluarkan hanya oleh orang Islam.

Apabila ini berlaku, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan yang halaalan thoyiban agar makanan halal bertaraf IMP dapat disebarluaskan di seluruh dunia.

Bersama-samalah para usahawan sekalian untuk mencipta pembaharuan dalam merevolusikan produk mereka dalam program membangunkan usahawan ini melalui contract manufacturing. Di IMP Solution terdapat beberapa konsultan yang boleh membantu anda. Sila ikuti kami dalam FB kami atau hubungi kami. 019-5649016

Untuk Update aktiviti sila Like FB Page: IMP Solution

Apa Kelebihan Contract Manufacturing dengan IMP

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK BARU MELALUI OEM DENGAN RAKAN KONGSI BARUhalibs gold

Proses OEM (Original Engineering Manufacturing) atau contract manufacturing melalui perkongsian pintar dengan IMP Solution yang beribu pejabat di Ampang dan kilang di Kuala Kangsar mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Kaedah ini boleh menjimatkan kos bagi individu yang ingin mengeluarkan produk. Mereka tidak perlu membeli mesin yang mahal mahal untuk mendapatkan GMP dan Halal yang menuntut proses yang panjang, tetapi sebaliknya hanya menumpu kepada proses pemasaran secara kreatif dan economics of scale. Ini lebih kos efektif dan dapat membantu pengusaha kecil untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Sistem usaha sama ini menggunakan mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai status IMP, GMP, Halal, suci dan bersih melalui proses pembuatan yang  mematuhi syariah.

Pihak IMP akan memastikan pengurusan kilang yang teratur dan produk mendapat kelulusan HALAL dari JAKIM dan produk dikeluarkan berdasarkan pemantauan syariah yang ketat.

Bersama-samalah kita bekerja secara berjamaah, bantu-membantu sesama kita mengikut keupayaan masing-masing. BERDIRI TEGUH BERSATU KUKUH.

Machinery
Machinery

PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN IMP MELALUI PROJEK CONTRACT MANUFACTURING

IMP Contract Manufacturing
IMP Contract Manufacturing
Kilang Pengeluaran Produk IMP
Kilang Pengeluaran Produk IMP

Program membangunkan usahawan adalah satu usaha yang berterusan yang harus berstrategi  agar mendapat hasil yang cemerlang. Dalam sistem pemasaran yang sedia ada sekarang ini terutamanya melalui sistem hypermarket dan pasaraya besar, peniaga kecilan akan menghadapi satu halangan dari segi memasarkan produk mereka kepada orang ramai kerana produk mereka tidak dikenali dan ia memerlukan kos iklan yang besar. Jika keadaan ini berterusan tanpa ada satu usaha yang murni ke arah membimbing usahawan baru ini, lambat laun usahawan-usahawan ini tidak akan mendapat tempat untuk memasarkan produk-produk mereka.

Masalah kedua yang dilihat ialah masalah pemakanan orang Islam yang banyak mengandungi perkara perkara syubhah, gharar, malah ada yang mengandungi unsur-unsur yang haram. Akibat tidak ada informasi yang betul, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa beberapa makanan yang terdapat di pasaran mengandungi unsur-unsur haram dan mengandungi bahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menyedari hakikat ini, IMP Solution sedang mengatur program membantu usahawan untuk mencipta jenama mereka sendiri untuk mempromosikan makanan halalan thoyiban yang berteraskan IMP. Pelbagai faedah kepada peserta kursus/seminar telahpun dikenalpasti. Produk-produk ini nanti akan diketengahkan kepada masyarakat melalui FB, Youtube, Instagram dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai.

 

TUJUAN PROGRAM

Tujuan diadakan program ini ialah untuk:

  • Mendedahkan maklumat makanan halaalan thoyiban, termasuk perkara perkara haram dan syubhah dalam makanan kepada masyarakat.
  • Ini supaya masyarakat kita menyedari batas halal haram dalam makanan dan agar mereka lebih prihatin dalam menjaga makanan kerana daging yang terbit dari makanan yang haram, selayaknya tempatnya di api neraka.
  • Selain itu ia adalah untuk menyemarakkan industri pengeluaran produk produk makanan yang dikeluarkan oleh orang Islam.
  • Dengan cara ini juga membuka peluang dan outlet  pemasaran bagi produk-produk  makanan Islam.
  • Agar bersemaraknya produk pemakanan Islam dan agar kita tidak bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.
  • Ini boleh mengubah fenomena dalam masyarakat kita supaya makanan orang Islam dikeluarkan hanya oleh orang Islam.
  • Apabila ini berlaku, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan yang halaalan thoyiban agar makanan halal bertaraf IMP dapat disebarluaskan di seluruh dunia.

    Suasana kilang pengeluaran IMP
    Suasana kilang pengeluaran IMP

Bersama-samalah para usahawan sekalian untuk mencipta pembaharuan dalam merevolusikan produk mereka. Di IMP Solution terdapat beberapa konsultan yang boleh membantu anda. Sila hubungi kami. 019-5649016

FB Page: IMP Solution

Peluang Perniagaan Melalui Contract Manufacturing IMP

Peluang Perniagaan dalam Contract Manufacturing IMP
Peluang Perniagaan dalam Contract Manufacturing IMP

Dengan pertambahan penduduk muslim sedunia kepada 1.8 Billion dan merupakan 28% daripada komposisi penduduk dunia, pasaran sebenarnya telah tersedia untuk kita. Peluang yang begitu luas ini juga termasuk bukan sahaja orang Islam yang perlukan produk halalan thoyyiban, malah bukan Islam juga menerima produk tersebut kerana kesuciannya. Adakah kita melihat sahaja produk disediakan untuk kita tanpa terlintas di hati kita untuk sama sama berjuang mengadakan pasaran produk tersebut. Selain daripada fardu kifayah, kita juga dituntut untuk memperbaiki ekonomi umat Islam yang begitu ramai. Tak kiralah sama kita memulakan secara kecil-kecilan atau secara konglomerat, sesuatu usaha perlu dilakukan, lebih baik lagi secara berjamaah.

Orang Islam sendiri bukan tiada kepakaran dalam bidang ini. Apa yang sangat diperlukan ialah tenaga tenaga pemikir secara berjamaah untuk sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu proses pengeluaran ini berkembang.