Tag Archives: cyber

Usahawan Cyber dalam Pemasaran

Industri pemasaran amat memerlukan usahawan yang berani membuat pembaharuan. Salah satu bidang yang amat berpotensi ialah usahawan cyber dalam pemasaran. Untuk mengenali dan memahami alam siber (cyber), berikut ini diberikan beberapa istilah yang selalu kita gunakan:Usahawan cyber dalam pemasaran

  • Budaya cyber (cyberculture): Budaya hidup berasaskan penggunaan rangkaian komputer. (computer networks)
  • Cybersecurity: Tahap keselamatan semasa berurusniaga dalam talian internet.
  • Cybercafé: Perniagaan yang menyediakan capaian internet.
  • Cybercity: Bandar terancang sebagai sebahagian daripada projek Multimedia Super Corridor di Malaysia.
  • Alam cyber: Dunia orang yang melayari internet.

Istilah-istilah tersebut membolehkan kita memahami apa sebenarnya siber atau cyber dengan mudah. Dalam bahasa Melayu siber berarti maya tetapi pengguna lebih selesa mengunakan siber.

Pemasaran menggunakan talian internet atau online marketing menggunakan media cyber atau alam maya. Dalam alam cyber ini pengguna adalah melangkaui sempadan –  trans borders, trans national, trans culture.

Bagi pengamal internet marketing ini, mereka perlu mengetahui kaedah dan teknik melariskan jualan mereka melalui pemasaran dalam talian- online marketing. Mereka boleh menggunakan pelbagai platform seperti media sosial, pemasaran melalui email,  menggunakan website,  Google keywords dan sebagainya. Bagi mereka yang bijak dan kreatif, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh dikembangkan dalam kategori usahawan siber ini.

Pada masa hadapan mungkin transformasi akan berlaku dalam kaedah memasarkan produk/perkhidmatan dalam talian iaitu meliputi bidang yang dilakukan oleh usahawan cyber dalam pemasaran. Kaedah yang digunakan sekarang mungkin obsolete atau ketinggalan zaman. Kita tidak tahu melainkan hanya masa menentukannya. Bagi para penyelidik alam maya, inilah cabaran mereka iaitu untuk mengetahui trend pada masa hadapan.