Tag Archives: Exclusive Branding and Manufacturing

Apakah EBM?

EBM ialah Exclusive Branding and Manufacturing iaitu penghasilan produk dan jenama sendiri yang eksklusif khas untuk pemilik produk itu sahaja. Kilang akan mengeluarkan sesuatu produk yang dihasilnya  di bawah jenama yang baru. Walaupun begitu, dari segi etikanya, kilang pengeluar tersebut tidak boleh mengeluarkan produk yang 100% dengan yang sedia ada atau sama tetapi mestilah mempunyai sedikit perbezaan dari segi kandungan, kualiti atau spesifikasi.

IMP mengamalkan EBM iaitu salah satu perkhidmatan yang diberi kepada pelanggannya yang memerlukan produk yang sedemikian rupa. Ia merupakan satu amalan pengeluaran produk Islam yang berdasarkan amalan yang diluluskan oleh syarak melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk, serta kebersihan dan kesucian produk yang dihasilkan pada kos yang amat berpatutan.

Antara aktiviti IMP Solution ialah menyediakan perundingan untuk Pengilangan secara Kontrak. Ia merupakan antara kaedah yang paling mudah dan selamat bagi Usahawan-Usahawan baru yang ingin bermula mengorak langkah didalam industri makanan,minuman dan kosmetik. Dengan kos memulakan perniagaan yang rendah serta kualiti produk yang setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran, pengilangan secara kontrak merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Kami sedia untuk membantu anda mempunyai produk anda dengan jenama anda sendiri.

Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP
Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP

IMP Solution menawarkan kepada usahawan-usahawan rekabentuk produk yang menarik, berdasarkan EBM serta mengikut trend terkini yang pasti bakal meningkatkan bilangan penjualan produk anda.

Dalam proses mengeluarkan produk EBM ini, IMP Solution menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan yang berkualiti dan pada kos yang amat berpatutan terutama usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan didalam industri makanan, minuman dan kosmetik halalan thoyyiban.