Tag Archives: FB?1juta

Pasaran 16 Juta Orang Islam

16 Juta rakyat Malaysia terdiri dari orang Islam. Pasaran yang luas ini agak tenggelam kerana dipenuhi oleh produk-produk keluaran bukan Islam yang dilambakkan di pasaran. Potensi produk-produk keluaran Islam ini tidak atau kurang diketengahkan di kalangan masyarakat atau tidak dikomersialkan kerana masyarakat telah begitu leka dengan produk-produk keluaran bukan Islam yang begitu banyak. Mengikut statistic, 80% daripada pengeluar yang mendapat kelulusan halal ialah orang bukan Islam.

Selain itu, masyarakat Melayu Islam menganggap bahawa tugas mengeluarkan produk bukanlah tugas mereka dan kebanyakan mereka bekerja makan gaji, jadi perkara ini tidak pernah difikirkan dengan serius kerana kebanyakan mereka masing-masing memikirkan untuk mendapat gaji bulanan sahaja.

Oleh yang demikian, kesedaran tentang pentingnya makanan dan produk-produk kegunaan orang-orang Islam disediakan oleh orang Islam sendiri perlulah diberi perhatian. Latihan ini perlulah diberi oleh orang yang berkecimpung dan bergelumang di dalam industri ini dan bukan dari kalangan pensyarah yang duduk di universiti dan memberi ilmu-ilmu teori sahaja.

Kaedah Latihan FB?1Juta
Kaedah Latihan FB?1Juta

Adalah diharapkan program latihan yang dilakukan oleh FB/1juta ini dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan, pemakanan Islam, spa Islam, Islamic-Coffee, pengeluaran produk Islam dan latihan yang berterusan dalam pemasaran I-Con Shoppe, latihan untuk pasaran Eksport dan sebagainya. Dengan wujudnya institusi dan perusahaan yang dimiliki oleh orang Islam ini, ia adalah dianggap sebagai fardhu kifayah di kalangan orang Islam.

Marilah menyertai group ini untuk membantu usahawan “Keluar Dari Berhutang, Menjadi Pembayar Zakat” Sila Klik link berikut dan Add.

https://www.facebook.com/1JutaBayarZakat?ref=bookmarks