Tag Archives: Habbatus sauda

Mengapa Habbatus Sauda Begitu Istimewa Merawat Kebanyakan Penyakit

Habbatus sauda terkenal di kalangan orang Islam kerana ada disebut di dalam hadis. Begitu istimewanya habbatus sauda yang merupakan ubat pelbagai penyakit kecuali mati. Antara yang dikaji dan disebut ialah:

Pokok Habbatus sauda
Pokok Habbatus sauda

1) Menguat sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatusauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.
2) Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mental, seksual dan pelbagai aktiviti.
3) Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu ke arah penyembuhan semulajadi.
4) Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang tengkorok.
5) Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahgian lain dalam tubuh seperti sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.
6) Membekal sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan tumor/ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
7) Membersihkan perut, menyingkirkan angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.

Biji Habbatus Sauda
Biji Habbatus Sauda

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUSAUDA
1) Darah tinggi
2) Kencing Manis
4) Resdung
5) Asma
6) Luka-luka di badan
7) Batu karang
8) Sakit buah pinggang
9) Gout
10) Lemak berlebihan
11) Luka-luka dalam mulut
12) Luka-luka dalam perut
13) Kurang Penghadaman
14) Menegang permukaan kulit
15) Mengecut semua ketumbuhan
16) Senggugut
17) Putaran haid tidak menentu
18) Buasir
19) Sakit usus perut
20) Luka usus kecil
21) Ketegangan urat saraf
22) Letih lesu
23) Masalah penglihata
24) Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
25) Antihistamine (pencegah alahan)
26) Antioxidant (pencegah kerosakan sel)
27) Antibiotic (pembunuh kuman)
28) Antimycotic (antikulat)
29) Bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
30) Masalah buah pinggang – batu karang, bengkak buah pinggang
31) Melancarkan keluarnya kencing
32) Memperlancarkan darah haid
33) Melancarkan pengeluaran susu ibu.
34) Masalah angin ahmar – merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
35) Mengeluarkan angin dari perut
36) Menambahkan ghairah seks
37) Masalah seksual – mati pucuk, kurang ransangan seks
38) Masalah dalaman wanita – fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
39) Masalah penafasan – asma, batuk berkahak, bronchitis
40) Masalah peredaran darah – anemia, darah tinggi / rendah
41) Masalah mental – meningkatkan kecergasan minda
42) Masalah tulang / sendi – gaout, arthritis dan reumatima
43) Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.
Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.
LAIN-LAIN KAJIAN HABBATUSSAWDA (BLACK SEED)
I. Menurut Bukhari – Muslim, NABI S.A.W bersabda yang bermaksud “Habbatus Sawda” mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit kecuali maut”
II. Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan serta mengatasi 50 jenis penyakit bertepatan dengan Hadith Rasullallah S.A.W
III. Orang Arab terkenal mempunyai pernafasan, tenaga sex yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu hanya berjalan atau menunggang unta kerana mengamalkan Habbatus Sawda dan madu sebagai makanan harian.
IV. Doktor Abu Ali Al Hussain B Abdullah B Sina yang lebih terkenal dengan IBNU SINA di dalam kitab besarnya QANUNFIL TIBB sebagai berikut: Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai bom bagi menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang. Caranya ialah Habbatus Sawda di campurkan madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.
V. Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh di gunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
VI. Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian Newer Therapeutic Methods mendapati habbatus suada mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan (health promoting subtances)
VII. Mengandungi 0.5 – 1 % ethereal oil yang bersifat antibaktiria anti oksidan.
IX. Sangat berguna untuk rawatan kulit, kulat intestine, bronchitis, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat anti radang. Sangat berkesan merawat penyakit alahan dan asthma.
X. The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.
Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.
Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
Anti-Cancer
Nigella Sativa (Black Seed) sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak Nigella Sativa berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.
Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji Nigella Sativa dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Nigella Sativa. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.
Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Nigella Sativa untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Nigella Sativa dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari Nigella Sativa telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.
Baru-baru ini, penyelidikan yang dijalankan di Kimmel Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses programmed cell death. Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.
Anti-Tumor
Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar, Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor. Jenis kedua sel kanser, Dalton’s Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan. Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor EAC.

Untuk mendapatkan perkhidmatan kilang membuat produk jenama anda sendiri hubungi 019-5649016