Tag Archives: halalan thoyiba

Pengeluaran Produk Halalan Thoyiba IMP (Amalan Pengilan Islam)

Pengeluaran produk halalan thoyiba adalah sangat perlu dilakukan oleh umat Islam. Di Malaysia sahaja jumlah orang Islam ialah 17 Juta. Jumlah penduduk Islam sedunia juga semakin bertambah yang memerlukan kita menjadi pengeluar produk makanan orang Islam. Ini adalah tanggungjawab yang boleh disifatkan sebagai fardhu kifayah bagi menentukan kemaslahatan orang Islam agar mendapat makanan yang bersih, suci, halal lagi baik.

Selain produk halalan thoyiba ini sangat diperlukan oleh seluruh umat Islam di dunia, ia juga sangat bemanfaat dari segi sains dan kandungan nutriennya.

Ikuti video yang tersebut di atas mengenai asas Amalan Pengilangan Islam dalam makanan halalan thoyiba.

Amalan Pemakanan Halal lagi Baik (Halalan thoyiba)

KESEDARAN PEMAKANAN ISLAM
Pada hari ini iaitu setelah 53 tahun merdeka, kita masih jauh dari berpuas hati terhadap pemakanan Islam kerana sekiranya kita pergi ke pasaraya, supermarket atau hypermarket, kita akan dapati bahawa lebih 90 peratus makanan yang terdapat di sana (sama ada ditinkan atau dipaketkan) adalah dikeluarkan oleh bukan Islam.outlet IMPBerapa peratuskah makanan yang terdapat di pasaran kini dikeluarkan oleh orang Islam?

Perkara ini mempunyai impak yang sangat besar terhadap perilaku, rohani, akhlak dan jiwa orang Islam. Makanan yang disediakan oleh mereka yang bukan Islam yang tidak memahami status halal-haram, hokum kebersihandan status air (air mutlah, mustakmal, mutanajis dsb) jauh sekali daripada mendapat redo dari Allah.
Berikut ini terdapat dua hadis mengenai pentingnya makanan yang halal lagi baik (thoyiban).
Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab, “Hai Saad, makanlah yang baik, (halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu.” (HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathin dalam tafsirnya).
Dalam sabda Rasulullah SAW riwayat Tirmidzi, artinya “Setiap daging yang tumbuh dari barang yang haram, maka nerakalah yang patut baginya.”(HR. Tirmidzi).
1.0 PENGENALAN:
Umat Islam Perlu Mengubah Minda ke Arah Menyediakan/Menggunakan Makanan Islam
Jika kita melihat di dalam suasana sesebuah kedai, kita akan mendapati agak sukar kita untuk mendapatkan makanan mentah atau yang telah dipek yang disediakan oleh orang Islam. Kebanyakan makanan tersebut disediakan atau diproses oleh sama ada individu atau kilang yang bukan dimiliki oleh orang Islam. Ini adalah satu fenomena yang biasa di negara kita. Jika keadaan ini berterusan, kita akan terus menggunakan makanan yang tidak dapat disahkan kehalalan dan kesuciannya, apa lagi barakah makanan tersebut.
Memandangkan pentingnya perkara ini diperbetulkan, beberapa penerangan haruslah diberi untuk memberikan kesedaran di kalangan masyarakat Islam kita tentang pentingnya memakan makanan yang disediakan oleh orang Islam. Ceramah tersebut akan mendedahkan keadaan sebenar makanan yang disediakan oleh orang yang tidak memahami akan syarat-syarat penyediaan makanan dan aspek-aspek kebersihan makanan yang melahirkan insan yang mempunyai rohani keislaman yang membolehkan amalannya di terima oleh Allah.
Sila hubungi En Nordin bin Zainuddin 012-2327363 untuk mendapakan maklumat pemakanan halalan thoyiba secara lebih terperinci.