Tag Archives: IMP

Islamic Manufacturing Practice (IMP)

Islamic Manufacturing Practice (IMP) – konsep, visi dan kaedah bagi kebaikan makanan orang Islam.

Islamic Manufacturing Practice (IMP) ialah satu standard amalam pengeluaranan produk-produk halalan thoyyiban berdasarkan syarak yang telahpun di daftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) Proses ini bermula dari modal, bahan, pekerja, proses dan kaedah pengeluaran yang halal bersih dan suci, kaedah pemasaran dan proses perniagaan yang mematuhi syarak serta diredai Allah.
Islamic Manufacturing Practice (IMP) Founder, Ustaz Ahmad Tajuddin
Islamic Manufacturing Practice (IMP) Founder, Ustaz Ahmad Tajuddin

Amalan Islamic Manufacturing Practice (IMP) ini telah diasaskan oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad, dan sekarang diletakkan dibawah pengurusan IMP Community.

Tatacara amalan ini telahpun dipromosikan dan diterima di peringkat antarabangsa oleh Rektor Universiti al-Azhar, Mesir, Majlis Ulama Indonesia (MUI), negara Brunei dan beberapa negara di Asia Barat.

Mengapa perlunya Islamic Manufacturing Practice (IMP)?
IMP sangat perlu pada zaman ini untuk memastikan sesuatu yang kita makan dan minum dan menjadi darah daging kita bersifat halal lagi baik (thoyyiban). Begitu juga IMP memastikan apa yang kita pakai pada kulit kita seperti kosmetik mestilah bahan-bahan yang halal lagi baik. Ini juga menbantu agar bersemaraknya produk pemakanan halalan thoyiban dan agar kita boleh mengeluarkan makan kita sendiri tanpa bergantung kepada makanan yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

  • Islam menggalakkan doa dalam setiap aktivitinya, malah doa merupakan senjata orang Islam. Dengan adanya proses pengeluaran yang hebat ini dengan mamasukkan doa, unsur unsur kerohanian seperti bacaan al-Quran, mengaji dan kegiatan ilmu, dhuha, zikir, amalan sunnah dan sebagainya, produk yang dikeluarkan Insya Allah mendapat keberkatan rohani dan jasmani.
  • Banyak makanan-makanan sunah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, yang disebut oleh Nabi dan yang disebut di dalam al Quran merupakan makanan yang baik yang mengandungi kelebihan-kelebihan tertentu.
  • Dengan menggunakan makanan halalan thoyiban, faktor rohani, akhlak dan jati diri umat-umat Islam terjaga dan kita mendapat keredhaan Allah kerana Allah menyuruh kita memakan makanan yang bukan hanya halal malah halalan thoyiban.
  • Produk halalan thoyyiban berteraskan syarak (IMP) adalah amat penting dapat disebarluaskan dikalangan umat-umat Islam di seluruh dunia, malah kepada sesiapa sahaja  kerana manfaatnya kepada rohani, jiwa, akhlak dan tindak-tanduk manusia supaya menjadikan mereka lebih soleh, lebih mulia dan taqwa. Ini boleh mendekatkan kita semua kepada Allah dan  agar mendapat  husnul khotimah. Resolusinya ialah kembali kepada Allah.

Apakah aktiviti yang terlibat dalam Contract Manufacturing ini?
IMP merupakan satu amalan pengeluaran produk Islam yang berdasarkan amalan yang diluluskan oleh syarak melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk, serta kebersihan dan kesucian produk yang dihasilkan pada kos yang berpatutan.

IMP Ventures menyediakan perundingan untuk Pengilangan secara Kontrak di mana ia merupakan antara kaedah yang paling mudah dan selamat bagi Usahawan-Usahawan baru yang ingin bermula mengorak langkah didalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Dengan kos memulakan perniagaan yang rendah serta kualiti produk yang setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran, pengilangan secara kontrak merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Kami sedia untuk membantu anda mempunyai produk anda dengan jenama anda sendiri.

IMP Ventures menawarkan kepada usahawan-usahawan rekabentuk produk yang menarik, serta mengikut trend terkini yang pasti bakal meningkatkan bilangan penjualan produk anda. IMP Ventures menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan yang berkualiti dan pada kos yang amat berpatutan terutama usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan didalam industri makanan, minuman dan kosmetik halalan thoyyiban.

Pengeluaran Produk IMP ini melibatkan:
• Pelajar Universiti, NGO, Persatuan Peniaga, Koperasi, Pengusaha Makanan, Jabatan Kerajaan, Industri Kecil, Usahawan, Pemimpin Masyarakat dan sesiapa sahaja yang berminat dalam perniagaan.

Pengeluaran dan Pemasaran Produk IMP

Lebih 80% produk makanan kita dikeluarkan oleh bukan Islam. Menyedari hakikat ini, Sidratul Corporation Sdn. Bhd. sebuah kilang pengeluaran produk produk IMP telah mengambil langkah untuk mempersiapkan kelengkapan industri dan tenaga kerja seramai lebih kurang 80 orang melalui 14  lot Kilang di kawasan Perindustrian MIEL, Kuala Kangsar, Perak untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna yang ingin memproses produk makanan halalan thoyiban. Aktiviti pengeluaran produk ini telahpun dilaksanakan mulai 2006 dan telahpun membekalkan lebih 500 produk makanan halalan thoyiban di atas pelbagai jenama kepada 80 buah syarikat. Bersama IMP Solution iaitu anak syarikatnya, kami menawarkan Pusat  Khidmat Setempat (One Stop Center) kepada Usahawan-usahawan. Di antara perkhidmatannya ialah:

  • Perkhidmatan Pengilangan Kontrak, OEM dan Jenama Eksklusif.
  • Perkhidmatan Rundingan dan Rekaan Produk.
  • Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan produk.
  • Perkhidmatan Pelabelan, Pembungkusan & penjenamaan
  • Perkhidmatan konsultansi dalam pemakanan halalan thoyyiban dan pembangunan pengilangan.
  • Perkhidmatan latihan industri, kursus keusahawanan, pembangunan perniagaan, pemasaran, pengurusan kewangan & Unjuran aliran tunai.
  • Perkhidmatan pengiklanan, promosi & perniagaan dalam talian.
  • Aplikasi media sosial seperti Facebook, Youtube dan Instagram dan media tradisional dalam proses pemasaran.
  • Aktiviti memasarkan produk ke seluruh Negara dan untuk eksport.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan pengeluaran produk-produk yang berstatus IMP, mereka boleh menghubungi:

IMP Ventures (019-5649016)

 

Pengeluaran Produk Halalan Thoyiba IMP (Amalan Pengilan Islam)

Pengeluaran produk halalan thoyiba adalah sangat perlu dilakukan oleh umat Islam. Di Malaysia sahaja jumlah orang Islam ialah 17 Juta. Jumlah penduduk Islam sedunia juga semakin bertambah yang memerlukan kita menjadi pengeluar produk makanan orang Islam. Ini adalah tanggungjawab yang boleh disifatkan sebagai fardhu kifayah bagi menentukan kemaslahatan orang Islam agar mendapat makanan yang bersih, suci, halal lagi baik.

Selain produk halalan thoyiba ini sangat diperlukan oleh seluruh umat Islam di dunia, ia juga sangat bemanfaat dari segi sains dan kandungan nutriennya.

Ikuti video yang tersebut di atas mengenai asas Amalan Pengilangan Islam dalam makanan halalan thoyiba.

Amalan Pengilangan Islam

IMP adalah singkatan pada nama Islamic Marketing Practice atau Amalan Pengilangan Islam. IMP adalah satu standard yang digunapakai dalam pemprosesan pemakanan terutamannya, yang mengikut garis panduan syariah Islamiah. Berbanding dengan sertifikasi yang lain spt GMP, HACCP, ISO, FDA, KOSHER dan lain-lain, IMP adalah bersifat piawaian yang disusun atur mengikut amalan-amalan syariat Islam.

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

IMP di”design” sebegitu rupa bagi memenuhi tuntutan dan kehendak Islam kerana ia adalah perintah Tuhan. Makanan membentuk perangai atau akhlak manusia melalui darah daging yg terjadi dari proses pemakanan, justeru sekiranya makanan itu dihasilkan dari tangan-tangan yang mulia lagi beriman akan lahirlah akhlak-akhlak yang baik; demikianlah pula sebaliknya meskipun makanan itu nampak hebat dari segi “presentation”nya tetapi pemprosesan itu tidak mengikut garis panduan syarak maka rugilah yang menggunakannya, sekadar kenyang tapi tak mengubah akhlak. Jadi, IMP adalah suatu tanda persijilan yang baik bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat muslim khususnya kerana memakan makanan yang “HALAL LAGI THOYYIBA” itu adalah perintah Allah agar manusia itu mendapat kekuatan untuk taat dan patuh kepada Allah dan akhirnya mencapai “Mardhatillah/redho Allah”. Sebab itulah bagi orang-orang Islam harus memahami konsep-konsep dan prinsip pemakanan HALALAN THOYYIBA agar mampu menjaga agama Allah kerana kekuatan jasad dan bathin (Iman & Islam) mana-mana manusia tak akan mampu untuk berbuat taat kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. IMP bertujuan mendidik masyarakat Islam khususnya dalam memilih makanan kerana memakan makanan yang halal lagi baik itu adalah suatu perintah spt mafhum perintah Allah bermaksud “Wahai manusia makanlah dari apa-apa yang baik di atas muka bumi dari yang halalan thoyyiba. …” justeru inilah perintah yang harus dipatuhi kerana hendak menjaga agama (Islam) itu mesti dengan darah daging yang halal kerana darah daging yang “haram” yang tumbuh dari makanan yang “syubhah” & “haram” tidak akan mampu menjaga amanah Allah malahan akan merosakkannya pula sepertimana “langau/lalat hijau” yang merosakkan ikan-ikan.
Amalan Pengilangan Islam adalah satu standard yang begitu penting pada hari ini.

Meningkatnya Pasaran Halal Sedunia

Potensi pasaran produk-produk pengilangan keluaran orang Islam tidak dikembangkan dengan meluas malah dibiarkan sahaja orang Melayu Islam menjadi masyarakat pengguna.IMG-20150317-WA0076

16 Juta rakyat Malaysia terdiri dari orang Islam. Pasaran yang luas ini agak tenggelam kerana dipenuhi oleh produk-produk keluaran bukan Islam yang dilambakkan di pasaran. Potensi produk-produk keluaran Islam ini tidak atau kurang diketengahkan di kalangan masyarakat atau tidak dikomersialkan kerana masyarakat telah begitu leka dengan produk-produk keluaran bukan Islam yang begitu banyak. Selain itu, masyarakat Melayu Islam menganggap bahawa tugas mengeluarkan produk bukanlah tugas mereka dan kebanyakan mereka bekerja makan gaji, jadi perkara ini tidak pernah difikirkan dengan serius kerana kebanyakan mereka masing-masing memikirkan untuk mendapat gaji bulanan sahaja.

Oleh yang demikian, orang bukan Islam mengambil kesempatan memasarkan apa sahaja produk mereka dari makanan, pakaian, kelengkapan rumah, alat-alat digital dan sebagainya kerana orang Islam telah amat biasa menjadi pengguna. Syarikat besar mengambil kesempatan seperti Tesco, Giant, Jusco, Econ Save, Speedmart 99, The Store, Econ Save, Aeon Big, dan sebagainya.

 Statistik nilai pasaran produk halal
 Pasaran Halal
Lambakan Produk Bukan Islam di Negara SendiriHypermarket Malaysia

Sebahagian besar anggota masyarakat Islam masih lagi bergantung kepada bangsa lain sama ada dari segi pekerjaan, perumahan, makanan dan keperluan hidup. Dengan taraf kehidupan yang ada sekarang ini, adalah agak sukar bagi umat Islam untuk mencapai status penduduk yang “kaya bandar” yang memiliki sebahagian kek ekonomi Negara.

Logo IMP
Logo IMP

Di IMP, segala kemudahan untuk membuat produk jenama sendiri terbentang luas. Terpulanglah kepada anda untuk mengambil inisiatif untuk menghubungi kami. Konsultan kami sedia membantu anda. 019-5649016

Apakah Aktiviti yang Terlibat Dengan Contract Manufacturing

Apakah aktiviti yang terlibat dalam Contract Manufacturing ini?
IMP merupakan satu amalan pengeluaran produk Islam yang berdasarkan amalan yang diluluskan oleh syarak melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan kualiti produk, serta kebersihan dan kesucian produk yang dihasilkan pada kos yang amat berpatutan.

Antara aktiviti IMP Solution ialah menyediakan perundingan untuk Pengilangan secara Kontrak. Ia merupakan antara kaedah yang paling mudah dan selamat bagi Usahawan-Usahawan baru yang ingin bermula mengorak langkah didalam industri makanan,minuman dan kosmetik. Dengan kos memulakan perniagaan yang rendah serta kualiti produk yang setanding dengan produk-produk yang ada di pasaran, pengilangan secara kontrak merupakan pilihan yang tepat dan bijak. Kami sedia untuk membantu anda mempunyai produk anda dengan jenama anda sendiri.

Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP
Produk yang dikeluarkan dalam kilang IMP

IMP Solution menawarkan kepada usahawan-usahawan rekabentuk produk yang menarik, serta mengikut trend terkini yang pasti bakal meningkatkan bilangan penjualan produk anda. IMP Solution menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan yang berkualiti dan pada kos yang amat berpatutan terutama usahawan-usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan didalam industri makanan, minuman dan kosmetik halalan thoyyiban.

Apa Makanan yang Diperlukan Oleh Orang Islam

Pada hari ini pasaran produk halal yang dibuat oleh orang Islam sangat tinggi. 1/6 daripada penduduk dunia ialah beragama Islam. Mereka sudah semestinya menginginkan agar makanan mereka suci dan diberkati. Bukan hanya yang diperlukan ialah yang disahkan halal tetapi juga dibuat, diadun, dirumuskan oleh orang yang bersyahadah serta daripada tangan-tangan yang bersolat, beriman dan orang yang bertakwa.

Maka dengan itu standard pengeluaran yang bertaraf  IMP (Islamic Manufacturing Practice) adalah sangat menepati kehendak pasaran orang Islam pada hari ini bagi menjernihkan pemikiran, rohani, akhlak dan kesucian untuk beribadah kepada Allah. Ingatlah “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadis riwayat at-Termizi).  

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

Banyak makanan atau minuman yang terdapat di pasaran yang tidak jelas kesuciannya. Ada yang menggunakan logo palsu tanpa mengendahkan peraturan dan ketetapan sebagai syarat dalam permohonan produk halal.

Pengeluaran produk makanan atau minuman yang bercanggah dengan syarak juga dilakukan oleh beberapa syarikat yang bukan Islam kerana mereka tidak memahami peraturan halal yang menepati syarak.

Peluang Perniagaan Melalui Contract Manufacturing IMP

Peluang Perniagaan dalam Contract Manufacturing IMP
Peluang Perniagaan dalam Contract Manufacturing IMP

Dengan pertambahan penduduk muslim sedunia kepada 1.8 Billion dan merupakan 28% daripada komposisi penduduk dunia, pasaran sebenarnya telah tersedia untuk kita. Peluang yang begitu luas ini juga termasuk bukan sahaja orang Islam yang perlukan produk halalan thoyyiban, malah bukan Islam juga menerima produk tersebut kerana kesuciannya. Adakah kita melihat sahaja produk disediakan untuk kita tanpa terlintas di hati kita untuk sama sama berjuang mengadakan pasaran produk tersebut. Selain daripada fardu kifayah, kita juga dituntut untuk memperbaiki ekonomi umat Islam yang begitu ramai. Tak kiralah sama kita memulakan secara kecil-kecilan atau secara konglomerat, sesuatu usaha perlu dilakukan, lebih baik lagi secara berjamaah.

Orang Islam sendiri bukan tiada kepakaran dalam bidang ini. Apa yang sangat diperlukan ialah tenaga tenaga pemikir secara berjamaah untuk sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu proses pengeluaran ini berkembang.