Tag Archives: Islam

Jihad Ekonomi Umat Islam

Kali ini sy nak berfalsafah sedikit.. Mengapa orang Cina begitu kaya di tanah air kita.. ?

Kerana mereka mengamalkan sunah Nabi s.a.w. bahawa 9/10 daripada rezeki itu dari perniagaan.

Sekurang kurangnya, walaupun mereka tak pernah jumpa hadis tersebut, mereka mengamalkannya.

Di Malaysia ini, kaum Cina duduk di rangking no 1 dari segi kekayaan.. di ikuti oleh  kaum India. Orang Melayu tak tau rangking no berapa dari bawah..

Keusahawanan dan Kreativiti
Keusahawanan dan Kreativiti

Sebagai orang Islam adakah kita berpeluk tubuh saja tanpa berusaha untuk menaikkan ekonomi bangsa kita atau agama kita.  Kalau ekonomi itu juga boleh diklasifikasikan sebagai jihad.. maka adakah anda sebagai orang Islam masih berbicara dalam perkara yang sia-sia.. dalam perbalahan mengenai perkara yang furuk yang tidak ada penghujungnya? Sedangkan di depan mata anda terbentang luas agenda yang lebih besar untuk memajukan bangsa dan agama anda sendiri?

Cuba lihat makanan yang ada di hypermarket..pasaraya dan kedai runcit.. berapa peratuskah produk yang dihasilkan oleh orang yg bersyahadah? Pada tanggapan saya tak sampai 5%.

Tidakkah ini merupakan isu besar yang setiap diri-diri yang membaca ini kena selesaikan? Sebabnya.. makanan ialah jiwa kepada setiap sel yang tumbuh dalam diri anda.. Tolak ketepi makanan yang haram.. cuba fikirkan tentang makanan yang syubhah..kotor.. atau yg mengandungi najis yang mana mereka yang membuatnya tidak pernah kenal erti najis itu apa…

Saya tidak menyuruh anda pancung makanan yang ada di kedai itu.. tetapi jadilah pengeluar makanan Islam yang pembuatnya orang Islam yang tahu erti kesucian itu sebahagian dari agama.

Platform yang ada di sini memudahkan anda dari tak tahu kepada tahu.. dari takut kepada sanggup.. selagi jiwa anda berkata “YA.”

Istighfarlah kita sekalian kerana kita ada tanggung jawab untuk diselesaikan selagi kita bernyawa.

Apa Makanan yang Diperlukan Oleh Orang Islam

Pada hari ini pasaran produk halal yang dibuat oleh orang Islam sangat tinggi. 1/6 daripada penduduk dunia ialah beragama Islam. Mereka sudah semestinya menginginkan agar makanan mereka suci dan diberkati. Bukan hanya yang diperlukan ialah yang disahkan halal tetapi juga dibuat, diadun, dirumuskan oleh orang yang bersyahadah serta daripada tangan-tangan yang bersolat, beriman dan orang yang bertakwa.

Maka dengan itu standard pengeluaran yang bertaraf  IMP (Islamic Manufacturing Practice) adalah sangat menepati kehendak pasaran orang Islam pada hari ini bagi menjernihkan pemikiran, rohani, akhlak dan kesucian untuk beribadah kepada Allah. Ingatlah “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya” (Hadis riwayat at-Termizi).  

Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo
Islamic Manufacturing Practice (IMP) logo

Banyak makanan atau minuman yang terdapat di pasaran yang tidak jelas kesuciannya. Ada yang menggunakan logo palsu tanpa mengendahkan peraturan dan ketetapan sebagai syarat dalam permohonan produk halal.

Pengeluaran produk makanan atau minuman yang bercanggah dengan syarak juga dilakukan oleh beberapa syarikat yang bukan Islam kerana mereka tidak memahami peraturan halal yang menepati syarak.