Tag Archives: keusahawanan

Keusahawanan dan Kreativiti

Usahawan mempunyai pengaruh yang besar untuk menentukan maju mundurnya sesebuah negara. Peranan mereka hebat kerana mereka boleh mengesan permintaan pengguna dengan begitu tepat.
Menurut Kamus Dewan, usahawan ialah orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan. Keusahawanan pula ialah (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.BQ

Usahawan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memajukan masyarakat. Usahawan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kreativiti kehidupan. Mereka mampu untuk mencipta sesuatu produk, pakaian, makanan dan keperluan manusia. Mereka membantu kita untuk meneruskan kehidupan, mencantikkan kehidupan manusia atau memudahkan perjalanan hidup kita.

Seharusnya kita berterima kasih kepada usahawan yang tak jemu-jemu mencipta sesuatu atau mengusahakan sesuatu barangan yang menjadi kegilaan kita. Contohnya smartphone, sekiranya tiada usahawan yang membuat produk tersebut secara pukal maka sudah tentu produk tersebut sukar didapati di dunia ini.
Setiap usahawan mempunyai keunikan mereka sendiri berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Bagi yang minat gadget, mereka akan mengusahakan produk berteknologi yang kreatif dan boleh digunakan dengan mudah untuk kebaikan pengguna. Bagi yang sukakan produk pakaian, mereka akan mengusahakan pelbagai keluaran yang diminati oleh pelanggan dengan fesyen dan design yang bersesuaian.

Dari segi sejarah kemajuan sesebuah negara, sebagian besarnya dinilai daripada kemajuan industrinya. Industri tidak akan wujud tanpa usahawan yang mencipta sesuatu kreasi daripada idea kreatif team usahawan. Usahawan mempunyai instinct atau naluri yang begitu hampir dengan kehendak pengguna sehingga mereka boleh menentukan citarasa pengguna dengan produk keluaran mereka.

Di IMP, kami menyediakan platform bagi usahawan untuk mencipta produk jenama sendiri bagi membolehkan para usahawan memacu industri pemakanan dan kosmetik. Terpulanglah kecanggihan mereka untuk memasarkan produk-produk tersebut melalui online marketing dan sebagainya.

Keusahawanan Bukan Datang Sendiri, Tetapi Dicari

Usahawan hidup di dalam dunia yang penuh dengan inspirasi.  Dunia penciptaan bukan hanya terbuka kepada pengkarya seni, malah meliputi juga kepada pencipta jenama untuk kegunaan sebagai makanan dan keperluan pengguna. Tugas ini adalah tugas besar iaitu mewujudkan sesuatu makanan, minuman dan kosmetik halal yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.

Peranan anda sebagai pembaca adalah juga diharap dapat membuka minda dan fikiran anda, bukan hanya sebagai penonton yang melihat segala perkembangan di sekeliling anda, malah juga sebagai pemain (player) di dalam industri ini. Bukalah minda anda seluas-luasnya. Siapa sahaja boleh menjadi pengeluar produk seperti makanan dan sebagainya yang terdapat permintaan yang sangat luas di luar sana. Hanya diminta anda membuka peluang tersebut yang telah dipermudahkan untuk diri anda supaya satu hari nanti, anda juga boleh menjadi pengeluar produk yang dihormati. KAMI SENTIASA MEMBANTU ANDA…

“BUKALAH PINTU TERSEBUT UNTUK DIRI ANDA, HANYA ANDA YANG BERUPAYA MEMBUKANYA”

Hanya anda yang memegang kunci untuk membuka minda anda..
Hanya anda yang memegang kunci untuk membuka minda anda..