Tag Archives: makanan halal

Makanan Halal dan Impak Terhadap Rohani

Makanan yang halal adalah sangat penting dari segi pembersihan rohani. Makanan halal lagi suci membersihkan jiwa dan melahirkan akhlak yang terpuji. Anak yang terdidik dengan makanan halal lagi bersih senang dididik dan mendengar kata. Mereka akan membesar sebagai anak yang salih kerana keberkatan makanan tersebut. Dari segi hukum menurut perspektif Islam, semua jenis makanan di muka bumi ini adalah halal dimakan kecuali beberapa jenis yang terang-terang diharamkan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. 

Oleh kerana industri makanan dikuasai orang bukan Islam, akan terjadi pengeluaran dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dan menenggelamkan makanan halal.  Cara pemprosesan atau membuatnya juga hendaklah dipastikan ia dikendalikan dengan cara bersih, suci dan halal. Jika tidak, makanan berkenaan yang pada mulanya bersumberkan bahan mentah halal akhirnya boleh ‘jatuh’ ke dalam kategori makanan haram.

Pengeluar hendaklah mengetahui hukum berkenaan air mutlak, air musyammas, mutanajis dan sebagainya bagi membolehkan pelaksanaan hukum halal terlaksana dengan lebih efektif. Maka umat Islam seharusnya menyedari dan mengambil peluang ini, untuk berusaha mengeluar dan membekalkan keperluan makanan halal sendiri. 

Atas kesedaran dan inisiatif ini, pihak IMP telah mengadakan satu platform bagi usahawan Islam untuk menjadi pengeluar makanan halal sendiri yang berjenama sendiri dan boleh ditrademarkkan. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi konsultan kami En Zaha 019-5649016

Makanan, minuman dan kosmetik